Wednesday, January 23, 2013

PAS Bakal Keluar Dari Pakatan Haram... PAS Pijak Bendera DAP di Penang!

Sekumpulan anggota akar umbi PAS memijak bendera DAP di Pulau Pinang di hadapan pejabat Pengerusi DAP.

Retak menanti belah, itu sahaja kata-kata yang dapat menggambarkan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat. Tiada apa yang perlu dihairankan, sejak dari mula lagi pakatan tiga Parti ini tidak ada kata sepakat dalam banyak perkara. Daripada sekecil-kecil perkara, kepada sebesar-besar isu pasti ada perselisihan faham antara mereka.





Bernama – Sekumpulan anggota akar umbi PAS di Pulau Pinang berhimpun di hadapan pejabat Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di sini, bagi membantah kenyataannya mempertikai keputusan Majlis Syura PAS berhubung isu kalimah Allah.

Perhimpunan lebih sejam di Jalan Green Hall yang disertai anggota PAS dari kawasan Tanjong dan Bagan Ajam itu diketuai Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong Zaidi Abu Bakar.

Mereka turut membawa sepanduk dan kain rentang yang memaparkan antaranya “Kalau Hang (Karpal) Nak Lawan Ulama Kami Langkah Mayat Kami Dulu”, “Orang Melayu Jangan Undi Karpal”, “PAS Wajib Keluar PR”, “Kami Pertahankan Majlis Syura Ulama” dan “Karpal + Azmin Tidak Hormat Dasar PAS”.

Mereka turut memijak bendera DAP.

Sementara itu, Zaidi dalam ucapannya berkata Karpal tidak berhak mencampuri urusan agama Islam dan mesti menghormati keputusan Majlis Syura yang dikaji ulama PAS selaras tuntutan syariat.

“Pada mulanya ada pemimpin PAS buat kenyataan tersasar tetapi setelah ada keputusan dari Majlis Syura Ulama, semuanya telah capai kata sepakat jadi Karpal jangan masuk campur dan keruhkan keadaan,” katanya.

Beliau juga mendakwa kebanyakan anggota PAS di Pulau Pinang kecewa dengan kepimpinan PAS negeri yang hanya berdiam diri dengan kenyataan Karpal itu.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim bersekongkol dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Mereka ini terlalu berhati-hati keluar pendapat demi menjaga hati pakatan rakyat berbanding jaga kalimah Allah. Dah tiba masanya PAS tinggalkan pakatan jangan jadi pengecut,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua orang pemimpin itu langsung tidak boleh diharap untuk membela kepentingan umat Islam di Pulau Pinang.

Karpal pada sidang medianya baru-baru ini berkata beliau akan memujuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh diguna orang bukan Islam termasuk Bible bahasa Melayu.

Katanya pendirian Majlis Syura itu bercanggah dengan keputusan yang dicapai pemimpin pakatan pembangkang termasuk Abdul Hadi dan Mursidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Jan lalu lalu yang bersetuju dan menyokong cadangan Lim yang mendesak kerajaan pusat membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

8 comments:

Anonymous said...

elok sgt la PAS tinggalkn DAP kapir harbi!!!!

Anonymous said...

Majlis Fatwa Kebangsaan dan banyak Majlis Fatwa Negeri telah lama menyatakan haram bagi sesiapa orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah... ada orang PAS menghormati keputusan itu?. Ada orang PAS menghormati ulamak-ulamak tersebut? malah dihina ulamak-ulamak ini sebagai anjing kerajaan, ulamak bisu dan sebagainya... Bila orang islam tidak lagi menghormati para ulamak ... pada masa itulah tuhan akan tarik keberkataan keatas sesebuah negara ...dan ianya sedang belaku sekarang ini di Malaysia.

Anonymous said...

berani kah DAP SEPAK[tendang dengan kaki]bukan sepak[tampar muka dengan tapak tangan]PAS?

Anonymous said...

MANGKOK KAT ATAS NI,MEMANG DASAR PENCACAI UMNO,KENAPA KO TAK SIBUK MASA NAZRI AZIZ BENARKAN NEGERI YANG TAK DE SULTAN,PENANG,SABAH,SERAWAK DAN W/P BUKAN ISLAM BOLEH GUNAKAN KALIMAH ALLAH,DAN MASA IDRIS JALA UMUMKAN KABINET BENARKAN BIBLE BAHASA MELAYU YANG ADA PERKATAAN ALLAH DIIMPOT DARI INDONESIA,APA NAZRI AZIZ DAN IDRIS JALA TU MENTERI DARI PAS KE.TU LA JANGAN AYIK BACA UTUSAN MELOYA DAN TENGOK TV3 HARAMJADAH TU,LAGI SATU KENAPA PASAL KALIMAH ALLAH KO BUKAN MAIN SIBUK MASA HUKUM ISLAM DIHINA KO JADI PEKAK DAN BISU,BUKAN KE KALAU ORANG ISLAM HINA DAN TOLAK HUKUM HUDUD TU BOLEH MENYEBABKAN JATUH AKIDAH.

Anonymous said...

Majlis Fatwa kata tak boleh tapi PM DS Najib dah keluar dan sain surat kata boleh. Sapa lebih besar.
Yang kumpol ramaix tu ramai yang bekas PAS, jadi sapa sebenarnye, PAS ke Bekas PAS ak UMNO. Kalau nak tunjok perasaan tu beranilah sikit lagipun PAS Pulau Pinang kata depa tak beri persetujuan bertunjok perasaan tu

Anonymous said...

gambar yang pijak bendera tu dah sah Mat Bangla mana tah... heran juga naper gambar ahli PAS pijak bendera DAP takut sangat nak tunjuk.... Ini kejer kaki spin tahi babi nih...

Anonymous said...

Kepada Anon Jan 23, 2013 3.43pm.. dan Anon Jan 23, 2013 8.24pm.. SILA KEMUKAKAN BUKTI YANG KJAAN DAN DS NAJIB TERANG2 CAKAP BUKAN ISLAM BOLEH GUNA "ALLAH" DLM BIBLE MEREKA ETC! KEPALA OTAK KORANG!! MANA?? MANA BEB??? BAB BUAT FITNAH MEMANG BAGI LA KAT KORANG BERDUA DAN SEKAUM SEKUTUK KORANG! JENIS KETURUNAN PARIA TAK SEDAR DIRI!

KORANG BACA SURAT KHABAR MANA?? NEGARA JEPUN KE?? NEGARA FIJI KE??

ORANG2 JENIS MCM KORANG NI LA YANG MEROSAKKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TU TAK PAYAH CKP LA. MMG SAH JENIS PEROSAK KORANG NI.

BERENTI2 BUAT CITER KOSONG, CITER FITNAH, CITER SPIN DLM KUALI KORANG TU!

MALAYSIANS AND MALAYS ESPECIALLY MUSLIMS ARE NOT STUPID BROTHER. IF THERE ARE ANY OT THEM WHO ARE STUPID AND MORONS THEN NO DOUBT THEY ARE BOTH OF U! EAT THAT!

Anonymous said...

Saya setuju PAS tinggalkan PKR. Sangat setuju. Lagi baik PAS sendiri macam dulu.

Tkasih.