Friday, January 25, 2013

PAS Kelantan Pijak Bendera DAP!


Sekumpulan penduduk Islam serta penyokong Pas di Kelantan semalam membantah tindakan DAP yang masih berkeras mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu meskipun keputusan telah dibuat bahawa kalimah itu adalah eksklusif untuk penganut agama Islam.

Bantahan yang disuarakan dalam satu demonstrasi aman turut berikrar akan mempertahankan agama Islam daripada terus dihina dan dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Selain membawa sepanduk mengecam Lim, penduduk Kampung Padang Enggang itu turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.


Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudiannya mendesak PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.

“Atas nama Islam, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.

“Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram,” katanya.


Mohd Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Isu kalimah Allah itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Bagaimanapun selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama PAS kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan.


1 comment:

Anonymous said...

kenapa marah sangat dengan lim guan seng,salahkan juga hadi awang serta rakan-rakan yg turut memukul gendang,meniup serunai dll yg menyokong dalam isu ini/.