Thursday, January 24, 2013

Pendirian Anwar Isu Allah Dalam Bible Sudah Dicanang Di Sarawak 2011



Pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang senada dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tentang isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu bukan sesuatu yang mengejutkan.

Malah ramai yang percaya kenyataan Azmin pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR, 17 Jan lalu adalah suara Anwar Ibrahim kerana Timbalan Presiden PKR itu tidak akan selantang itu menolak keputusan Majlis Syura Pas, sekiranya tidak mendapat green light daripada mentornya, Ketua Umum PKR.

Apatah lagi kenyataan Azmin dikritik banyak pihak kerana beliau tidak mempunyai autoriti bercakap bagi pihak pakatan pembangkang kerana statusnya sekadar Timbalan Presiden PKR.

Jadi ramai yang percaya, kenyataan Azmin sekadar perisai kritikan sebelum ketuanya, Anwar Ibrahim menyatakan pendirian sebenar dirinya dalam isu tersebut hari ini.

Kenyataan Anwar dalam isu kalimah Allah dalam kitab Injil ini bukan baru.

Beliau telah membuat kenyataan sama pada 8 April 2011 ketika Pilihanraya Negeri Sarawak.



“Kitab Injil, Bible. Kita kata, oleh kerana isu Allah dibolehkan. Kitab Injil (pun) boleh. You ask me, I’m Muslim, I read the Quran everyday five times again prayers,” kata Anwar dalam pilihanraya negeri yang disifatkan sebagai ‘ubah sekarang atau tidak berubah untuk selama-lamanya‘.

Dalam kempen ‘bermatian-matian’ itu, Anwar menceritakan secara lanjut rundingannya di luar negara dengan Archbishop yang juga turut menyentuh isu kalimah Allah.

“Saya pertahankan hak orang Kristian. Saya memang komited Muslim. Saya di internationally last year (2010), saya dijemput oleh Archbishop of Spain untuk saya bersama dengan Mufti Mesir dan Mufti Bosnia. We present the Muslims untuk kerjasama erat dengan golongan Kristian.

“Tahun ini (2011), saya dijemput oleh Archbishop Germany untuk bersama dalam hubungan kerjasama Muslim dan Kristian. Ada kolokium di London School of Economics(LSE), saya sampaikan ucapan tahun lalu (2010).

“Saya bagitahu, Islam ini mesejnya mesti peace dan Rahmatan Lil ‘Alamin, rahmat kepada sekalian alam. Mesti kerja, mesti toleran.

“Bila orang tanya mengenai isu Allah, saya kata, ‘A Muslim no reason, untuk nafikan, to deny anyone any Christian from word using the word Allah”. Archbishop Jeruselam…nama Archbishop Jeruselam, Attallah Hanna, Kristian. Nama dia Attallah. Tapi kalau datang Kuala Lumpur kena tukar nama dia, “AttahuGod Hanna”, sebab tak boleh.

“Siapa nama Nabi kami? Muhammad. Siapa nama ayah dia? Abdullah. Nama Allah itu, 70 tahun sebelum Nabi jadi Rasul, as a Prophet, 70 years earlier, the name of pre-Islamic, sebelum Islam, nama Allah digunakan.

“Jadi, who are we today to say bukan used Allah. Allah was name used name before Islam,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Anwar menganggap kalimah Allah hanya isu yang kecil dan bukannya isu pokok akidah umat Islam sepertimana yang difahami oleh kebanyakan ulama di Malaysia.

“Apa hak kita nak halang, oh cannot be, not Malay, then dok promote bahasa Malaysia. Berapa tahun merdeka? 50 tahun. BN..50 tahun merdeka you can’t even solve the simple basic issue of language and of Allah, you still compromise ikut negeri, ikut politik.

“I’m telling you, don’t trust them if never party leadership can even deal the word God and Allah they can never trusted the govern this nation leased of our,” katanya lagi dengan mimik muka yang serius.

Walaupun kalimah Allah dijadikan bahan kempen utama dalam pilihanraya Sarawak, nama Pakatan pembangkang tetap tewas.

“Ia mungkin mempunyai beberapa kesan pada PKR dan DAP di Sabah dan Sarawak, tetapi pilihan raya negeri Sarawak yang lepas menunjukkan bahawa BN masih memenangi kebanyakan undi orang asli walaupun hakikat bahawa pembangkang telah menggunakan isu yang sama sebagai kempen menentang mereka,” kata Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.

Di sebalik kesungguhan pakatan pembangkang berkempen di Sarawak, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mendedahkan satu rahsia yang penting.

“Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

“Selepas pilihanraya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

“Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian,” katanya ketika membentangkan kertas kerja dalam program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tahun lalu.

-AIDC

No comments: