Monday, January 28, 2013

Pengundi Melayu-Islam Tolak Anwar Di Permatang Pauh


Pengunjung setia laman ini, Sman yang baru balik dari Permatang Pauh dan Bukit Mertajam mengesahkan kebenaran sumber yang mengatakan perkembangan terbaru adalah para pengundi Melayu-Islam kawasan Permatang Pauh menolak ahli parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya baru balik dari Permatang Pauh dan Bukit Mertajam atas urusan politik, nampaknya penolakan orang Melayu terhadap Anwar sudah agak meluas di sana.

“Saya mendapat kerjasama yang cukup baik dari jiran dan saudara mara Anwar sendiri semasa di sana.Saya juga diberitahu bahawa kenduri orang kuat Anwar Pulau Pinang pun sudah tidak mendapat sambutan dari rakyat, kehadhiran sangat tidak menggalakkan, walau pun persediaannya agak mega dan cuaca cukup baik.

“Sekarang saya tahu mengapa ada-ura-ura Anwar terpaksa beralih tempat untuk bertanding, beliau mungkin khuatir, imejnya akan terjejas, walau pun beliau boleh menang tapi mejoritinya akan merosot teruk,”lapornya.

Sman membuat laporan di atas ketika mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda Pas, Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin yang mendakwa ahli akar umbi Pas menolak Anwar di Permatang Pauh kerana kecewa dengan pendirian Ketua pembangkang itu dalam isu kalimah Allah.

Menjawab soalan dari Azizah Ahmaf yang mendakwa kes liwat dan video seks Anwar tertolak kerana tiada empat saksi, Sman berkata, Islam adalah agama yang adil kepada semua penganutnya.

Katanya, hukum Islam bukan semata-mata bergantung kepada surah An Nur tentang 4 saksi, tetapi juga bergantung kepada kaedah-kaedah lain.

“Perdalami ilmu ugama kamu, apakah itu satu-satunya hukum Islam yang patut dipatuhi?. Bagaimana dengan Hukum takzir sebagai alternatif dalam keadaan ketidaan 4 org saksi.

“Dalam isu video seks -Islam adil dan sesuai pada setiap masa, apakah tidak boleh diterima jika 4 orang pakar muslim boleh mengesahkan bahawa video seks yang ditayangkan adalah tulin dan pelakunya ada benar orang yang berkaitan?.

“Kalau pun, kita tidak dapat menghukum dengan hukum Hudud, bolehkah setidak-tidaknya kita menjauhi individu yang di ‘syaki’ melakukan perbuatan maksiat tersebut supaya terjauh dari dosa bersubahat?,”katanya.

Tentang tuduhan meliwat 2, Sman mendakwa beliau antara orang yang ‘dekat’ dengan Anwar dalam kes tersebut.

“Dalam kes sodomi 2, saya adalah org ‘dekat’ dengan kes ini, dan saya mengetahui dengan jelas perkara ini dari sebelah ‘mangsa’.

“Saya juga mendengar sendiri penjelasan Anwar dalam perkara ini,kerana beliau tahu saya tahu isu ini.

“Akhirnya saya membuat kesimpulan saya lebih percaya kepada mangsa dari Anwar. Apatah lagi setelah isu video seks terbongkar,ianya cukup jelas menganai aktiviti sebenar Anwar. Bukana fitnah dan bukan konspirasi,”katanya lagi.

-AIDC

4 comments:

lijitra said...

tu cerita musuh2 politik anuar.

Anonymous said...

Siapa 4 pakar tu?RTC,Eskay,Shuib Lazim dn Shafie Abdullah!Eskay tu nk di percaya ke?Masuk Islam utk jd Melayu.Cuba check dgn pejabat pendaftaran,brp kali dia cuba menukar status kaum diri ny?Org yg berakal tk kn percaya kpd fitnah UBN.

Anonymous said...

Pergi jahanam lah lu Al Junbri.. Yg dua ekok anonymos kt atas nie GAY.. Tu pasal ler sanggup jilat jubuq nuar.. Sampai mampus ler anggap aljuburi tu suci.. Bangag tak sudah!

Anonymous said...

Pengundi melayu yg masih kuat pegangan ugama mesti menolak situa kutuk ni kerana tdak ada satu jasa yg dibuat dipermatang pauh selain joli diindon, bangkok,amarikadan hongkong. Utk ugama islam jauh panggang dari api.Tolak ini orang semuga anda diberkati oleh Allah.