Friday, January 11, 2013

0 Perpecahan PAS : Ulama Kena Main Dengan Anwarinas



Sebahagian ahli Majlis Syura PAS nyata terkejut dengan kenyataan media pakatan pembangkang yang dibacakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu yang antara lain membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana mendahului keputusan Majlis Syura PAS.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)


Mereka terkejut kerana Majlis Syura PAS hanya akan bermesyuarat pada Sabtu ini berhubung perkara berkenaan dan bagaimana Hadi boleh membacakan kenyataan mengatakan Pakatan Rakyat setuju benar orang bukan Islam guna kalimah Allah tersebut lebih awal?

Majlis Syura adalah badan tertinggi membuat keputusan oleh PAS.Selama ini, apabila diserang berbagai pihak bahawa PAS semakin ‘liberal’, pemimpin bukan ulama PAS akan menggunakan hujah “kami dipandu oleh Majlis Syura”.

Sebaliknya di dalam isu kalimah Allah ini, nampaknya Majlis Syura PAS kena main dengan kumpulan pro Anwar/liberal parti itu.

Majlis Syura mesyuarat Sabtu, Hadi baca kenyataan media pakatan pembangkang pada Selasa di ibu pejabat PKR Tropicana, hanya baca kenyataan yang disediakan tanpa ambil soalan dari wartawan.

Jika difikir balik, kenapa Hadi yang kena baca kenyataan media benarkan penggunaan Allah oleh bukan Islam itu?

Anwar ada, Lim Kit Siang ada, Mat Sabu ada… kenapa Hadi yang belum dapat mandat dari Majlis Syura PAS baca kenyataan media PR berhubung isu tersebut?

Sebabnya mudah, kalau tunggu Sabtu ini, keputusannya mungkin berbeza.Anwarinas dalam PAS tahu , golongan ulama yang menguasai Majlis Syura tak akan setuju.

Jadi langkahnya, umum dulu, kita kalau dalam permaian catur, situasinya adalah check, dan apabila Hadi baca kenyataan PR tersebut, maka ia adalah checkmate.

Adakah Majlis Syura pada Sabtu hendak keluar kenyataan bercanggah dengan Presiden PAS?

Cuma kalau ikut kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Rabu, beliau tidak akan bersetuju dengan apa-apa keputusan membenarkan penggunaan “kalimah Allah” oleh orang bukan Islam.

“Kalimah Allah menguasai setiap surah dalam Al-Quran, manakala perkataan Allah tidak boleh didapati di mana-mana dalam Bible,” katanya.

Dr Haron memang diketahui umum antara yang paling tegas mengakui mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah hak mutlak orang Islam.

Beliau bahkan mengatakan jatuh hukum kuruf sesiapa yang benarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana ia boleh membawa kepada syirik.

Isu kalimah Allah ini timbul semula berikutan perutusan Krismas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Disember lalu, yang mahu Allah digunakan sebagai terjemahan god di dalam Bible, sebahagian besar pemimpin PAS tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa PAS benarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam pada Isnin, tiba-tiba mengubah pendirian parti itu.

Untuk rekod, Mat Sabu menang jawatan tersebut setelah perpecahan undi ulama di dalam PAS berikutan pertembungan tiga penjuru antara Mat Sabu, Nasaruddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut terkejut berhubung perkembangan tersebut adalah Ketua Ulama PAS, Datuk Dr Harun Taib.

Dalam reaksinya, Harun berkata bahawa setakat yang beliaua boleh ingat, Majlis Syura tidak pernah membuat keputusan mengenai perkara itu.

Haron berkata beliau akan membuat kenyataan lanjut selepas mesyuarat Majlis Syura Sabtu ini.

“Saya tak akan buat komen baru kecuali lepas mesyuarat (Majlis Syura), sebelum mesyuarat saya tak komen. Komen (saya) yang lalu masih kekal,” kata beliau.

Bulan lalu, Harun berkata penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.

“Agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali menggunakan kalimah suci itu, apatah lagi untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Melayu,” katanya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz pula dipetik berkata beliau setuju secara peribadi tetapi akan mematuhi keputusan Majlis Syura Sabtu ini. - Helmi Hanafi

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates