Wednesday, January 30, 2013

3 Polis Siar Gambar 14 Individu Bawa Kanak-Kanak #KL112

Polis sedang mencari 14 orang yang dipercayai membawa kanak-kanak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) pada 12 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, gambar mereka yang terlibat telah dimuat naik di laman Facebook PDRM KL.

Empat belas individu berkenaan dipercayai melanggar syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Kami menggesa mereka untuk tampil ke hadapan secepat mungkin untuk memudahkan siasatan," kata DCP Mohmad.

Menurut beliau polis yang tidak menetapkan tarikh akhir berhubung perkara itu namun menggesa kerjasama daripada mereka yang terlibat.

Sape suruh langgar syarat2 yg ditetapkan... sendiri buat sendiri tanggung!! jangan nak salahkan PDRM pulak!

3 comments:

Anonymous said...

peserta membawa kanak-kanak itu jelas cuba mengambil kesempatan terhadap sikap diplomasi dan toleransi pihak keselamatan dalam himpunan kali ini. Sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan, sudah tentu mengundang bahaya terhadap keselamatan kanak-kanak terbabit dan pihak penganjur kemudian akan menyalahkan polis

ishak99 said...

I am glad they not anybody that I know of. Also glad they are not my children, i would feel so ashamed for them

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates