Wednesday, January 30, 2013

Sudah Tiba Masanya Nik Aziz Bersara...


Nik Aziz mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung.

Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan. Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini.

Tempoh lebih 23 tahun sebagai Menteri Besar adalah satu tempoh perkhidmatan yang agak lama disandang oleh TG Nik Aziz...

Walaupun berbeza bendera dan pendapat... namun aku turut simpati dengan Nik Aziz yang sering dijadikan sebagai alat politik untuk kepentingan individu tertentu dalam PAS.

Mungkin tidak ramai yang ambil peduli tentang hal ini namun, inilah rialitinya...

Bagi mereka yang mempunyai agenda kepentingan untuk diri sendiri dalam politik beranggapan tanpa Nik Aziz, PAS akan berkubur dengan cepat...

Justeru itu mereka mahu Nik Aziz terus kekal di dalam PAS, walaupun kini Nik Aziz dilihat seperti orang tua yang sudah nyanyuk...

Bukan maksud aku mahu menghina, tapi inilah keyataan yang perlu disedari oleh akar umbi PAS... dan  juga ianya berdasarkan dari segi faktor umur Nik Aziz yang sudah lama bergelumang dalam politik yang penuh dengan warna warni ini...

Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS adalah satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Nik Aziz....

Ini kerana sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh Puak Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Sewaktu ini tidak nampak ada dikalangan pimpinan PAS yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ustaz Nasharudin. Beliau merupakan permata kesayangan Al-Marhum Dato Fadhil Nor.

Terus terang dikatakan, sebelum parti PAS hancur dik kerana parasit dalaman yang merosakkan TG Nik Aziz  dengan lebih dahsyat lagi... Ada baiknya tempat TG Nik Aziz diambil alih oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Ustaz Haron Din.

Sudah tiba masanya Tuan Guru berehat....

Politik Harian/Bro Jinggo

4 comments:

Mohammed muhbin said...

Satu ulasan yg boleh diterima ... Syabas bro krn berpolitik secara matang... Ini lah yg kita mahukan... Semoga mereka2 semua diberi pertunjuk kejln yg benar! Takbir!

Anonymous said...

bukan sudah tiba masanya, pada aku, aku rasakan sepatutnya dah lama dulu beliau berehat. beliau berpegangan seandainya mati semasa berkhidmat, itu dinamakan syahid. orang syahid bulat bulat masuk syurga. itulah yang dipegangnya sehinggakan tak mahu lepaskan jawatan. beliau sememangnya suka digunakan oleh mereka mereka yang punyai kepentingan politik. aku kira Nik Aziz berpendapat orang orang masih perlukanya. wallahu'alam.

Anonymous said...

Pok Nik pegang sampai masuk lubang kubor!

Anonymous said...

Bersara jew la pok nik oii..don't wory..mu undi PAS mati syahid n masuk surga jgok..xyah nk tggu mati semasa berkhidmat tuk dpt title mati syahid..tul dop? Tp klu xdok pok nik ajis nie..x best plok..sebab nnt rakyat x dpt tahu segala keburukan n aib Parti Pas nie..hmmm,