Friday, January 11, 2013

2 Tanggungjawab Kerajaan Negeri Selesai Krisis Air - Sohaimi


Menjadikan Syabas sebagai kambing hitam adalah taktik Kerajaan Selangor untuk menepis dan mengelak daripada dipertangungjawabkan di atas krisis air yang sedang berlaku sekarang ini.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, krisis air sudah lama dijangkakan oleh pakar-pakar air dalam negara yang telah melakukan ‘water demand study’ semenjak tahun 80-an dan 90-an lagi dan mengesyorkan beberapa langkah yang perlu kerajaan ambil bagi mengelakkan krisis ini daripada berlaku di Lembah Klang .

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)


Menurutnya, krisis air sudah lama dijangka oleh pakar air dalam negara yang telah melakukan ‘water demand supply’ semenjak tahun 80 dan 90-an lagi.

“Beberapa langkah yang disyorkan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini bagi mengelakkan krisis air di Lembah Kelang antaranya ialah menambah sumber air seperti Projek Langat 2, Projek Mitigasi 1 dan 2 dan kerja-kerja penyelenggaraan.

“Malangnya Kerajaan Selangor telah menahan Capital Expenditure (Capex) sehingga Syabas tidak boleh melaksanakan program penukaran paip lama, membaiki rumah pam dan sebagainya,” katanya kepada media semasa bertemu dengan penduduk di Flat Pandan Jaya dan penyerahan tong air secara percuma kepada penduduk di sini, semalam.

Sohaimi berkata, apabila pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 dan mencadangkan semula penstrukturan semula industri air di negeri ini, mereka telah membekukan projek Capex.

Katanya, ini termasuk projek Non-Revenue Water (NRW) semenjak Julai 2008 di mana kerja penukaran dan penyelenggaraan pam air agihan Syabas adalah juga termasuk di dalam kos Capex.-SH

2 comments:

Anonymous said...

benda senang cam makan kuaci jer..... kalau tak disekat air...takkan pam tu meletup... simple dan direct to the point !!

Anonymous said...

RAKYAT BUKAN NAK TAHU SALAH SIAPA!! KAMI DI AMPANG SUDAH 2 MINGGU TIADA AIR.. TIDAK PERIKEMANUSIAN LANGSUNG! GARA GARA POLITIK, RAKYAT JADI MANGSA. TAK KAN TIADA ALTERNATIF. MASALAH AIR SEKARANG MACAM DIPERBOLAKAN! SALING TUDUH MENUDUH. KAMI RAKYAT NAK TUNGGU SAMPAI BILA BARU ADE AIR! PAKAI OTAK SIKIT LA!

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates