Monday, February 11, 2013

DS Najib Gembira #GangnamMalaysia Tawan Pulau Pinang!





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana menerima sambutan meriah daripada lebih 80,000 pengunjung sempena majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di padang Kolej Han Chiang di George Town.

Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kegembiraannya ialah kerana ini adalah buat pertama kalinya beliau dapat menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama dengan penduduk di Pulau Pinang.

"Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangan saya dan isteri serta keluarga saya dengan begitu meriah sekali.

"Saya rasa bertuah dan amat gembira kerana pada tahun ini saya dapat lakukan sesuatu yang belum pernah saya lakukan iaitu untuk menyambut Hari Raya Cina dengan warga Pulau Pinang," katanya dalam ucapan ringkas pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina hari ini.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya Ashman Razak, Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev tiba kira-kira pukul 10.50 disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan barisan pemimpin BN.

Najib turut menyeru masyarakat setempat agar saling hormat menghormati kebudayaan setiap kaum di Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni.

Katanya perpaduan kaum serta saling memahami sangat penting sebagai pemacu kemajuan dan perkembangan ekonomi negara di persada antarabangsa.

"Ini adalah kerajaan yang berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah kerajaan yang mempunyai rancangan sebenar untuk masa depan semua rakyat Malaysia.

"Rakyat Pulau Pinang mahu rumah yang lebih baik dan rumah mampu milik dan kerajaan akan menunaikannya...percaya pada janji ditepati," katanya.

Dalam ucapannya Najib juga mengumumkan untuk menaiktaraf Kolej Han Chiang menjadi Kolej Universiti yang memberi pengkhususan dalam bidang pengajian komunikasi massa.

Sebelum itu, anak beliau Ashman Razak menyampaikan ucapan selamat Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh manakala Rosmah menyertai kumpulan koir menyanyikan dua buah lagu Mandarin iaitu 'Gong Xi Gong Xi' dan 'Da Di Hui Chun'.

Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina itu dimeriahkan dengan persembahan Chingay, tarian tradisional naga, persembahan tarian pelbagai kaum dan persembahan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah.

Kemuncak acara pada majlis itu diserikan dengan persembahan bertenaga daripada penyanyi terkenal Korea iaitu Psy yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style'.

4 comments:

Anonymous said...

KESIAN NAJIB .. BILA TANYA 'ARE YOU READY FOR BN?' .. SELURUH PENONTON JAWAB 'NO' SEDIH AKU DGN PM YG SGT BODOH. BILA RAKYAT DAH JAWAB 'NO', TAK PAYAH LA NAK ULANG LAGI. JGN LEPAS PELUANG UNTUK SAKSIKAN NAJIB DIMALUKAN DLM PERSEMBAHAN PSY DI PULAU PINANG. JAHANAM LA BN JAWABNYA DLM PRU13 NANTI. JGN MAIN TIPU DAH LA. RAKYAT DAH JANJI AKAN BANGKIT DAN HUMBAN BN KALAU TIPU DLM PRU13.

Anonymous said...

selamat menonton najib dimalukan dalam persembahan psy di you tube .. hahaha. bodoh punya pm. dah la bodoh, penakut pulak tu . kat sharizat takut, kat bini pun takut. lepas pru13 nanti, jadi ketua pembangkang pun tak layak.

Anonymous said...

jgn percaya dgn video yg diedit oleh puak PR.... mereka sengaja mahu sabotaj progm BN

Anonymous said...

Cina pulau pinang mahu timbulkan 13 mei ka??? jagn cabar org melayu!!!!! jgn sekali2 halau pemimpin melayu!!!! klu nak rasa parang tebang hingga kat kepala lu cuba la... cuba ty atok nenek moyang lu semua... apa yg dh jd pada 13 mei!!!! jgn ulangginya lg!!!