Sunday, February 10, 2013

DS Najib Teruja Untuk Menikmati Makan Enak Sambil Tonton Persembahan PSY Gangnam


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa teruja beliau untuk menikmati pelbagai makanan enak di Pulau Pinang.

Najib juga melahirkan keterujaan untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah pada Isnin.

Psy akan menjadi penyeri pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang.

Anggaran 80,000 orang dijangka menghadiri rumah terbuka itu yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

"Rasanya tidak sabar untuk menikmati makanan enak di Pulau Pinang yang indah esok dan juga untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan Psy Oppa dan Shila Amzah," kata Najib dalam Twitter beliau hari ini.

Esok, Najib akan menghadiri beberapa acara seperti Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA dan Majlis Minum Petang bersama pemimpin masyarakat Cina.

Ayah kita bersama menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak... Jumpa di Penang bro.....

1 comment:

Anonymous said...

Melayu boleh pi jugak ke? Nak tengok jugak Psy & Shila Amzah nyanyi lagi Cina.. Hehe