Sunday, February 10, 2013

1 Himpunan Kebangkitan Rakyat Anjuran PAS dan NGO R Gagal!

Tindakan biadap R berlatarbelakangkan masjid yang dibina hasil inisiatif Tok pa

Aktivis-aktivis Royaktakreti (R) melakukan satu gimik biadap yang cuma memalukan diri mereka sendiri. Mereka menyebat patung YB Dato Seri Mustapa Mohamed dengan tuduhan Tok Pa adalah pengkhianat sedangkan upacara voodoo yang mereka lakukan itu berlatarbelakangkan Masjid Sultan Kelantan Pasir Pekan yang dibina hasil inisiatif Tok Pa sendiri!

Satu himpunan yang diberi nama Himpunan Kebangkitan Rakyat telah diadakan di Dataran Pasir Pekan pada 9 Februari 2013. Himpunan itu adalah anjuran PAS Pasir Pekan dengan kerjasama NGO R. Promosi dan iklan secara hebat dan meluas telah diadakan baik melalui banner yang digantung dan alam siber.

NGO R bermula dengan berjalan kaki dari KB Mall ke Dataran Pasir Pekan melalui Jambatan Sultan Yahya Petra 2 yang dibina oleh kerajaan persekutuan. Namun, mereka langsung tidak mendapat sambutan apabila jumlah yang hadir langsung tidak sepadan dengan promosi yang telah dibuat. Lihat gambar di bawah.


Jangkaan mereka pastinya adalah setibanya di Dataran Pasir Pekan, ribuan rakyat yang lain menanti ketibaan mereka untuk bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat. Namun, harapan mereka meleset sama sekali apabila kehadiran di sana cuma sekitar 100 hingga 200 orang. Lihat gambar di bawah.




1 comments:

Anonymous said...

Shit, masjid tu bukan hasil inisiatif Tok Pa, tu masjid sumbangan dari Sultan Muhammad V, jgn nak menipu sgt la, skadar copypaste gambar pastu upload dlm blog baek takyah, wat malu UMNO jerk, tuuiihh !

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates