Friday, February 15, 2013

Khalid Gagap Tak Hormat Sultan Selangor


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri Selangor tidak menghormati Sultan Selangor apabila bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei pada 25 Februari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya dapatkan perkenan Sultan Selangor terlebih dulu sebelum bercakap mengenai pembubaran DUN.

"Cara Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) umumkan (cadangan pembubaran DUN) saya lihat seolah-olah beliau tak berapa reti hak kuasa mutlak beliau dan tak tahu hormati Sultan Selangor dalam hal ini.

"Mereka menganggap mereka berkuasa penuh dan cuba buat eksperimen mengenai hal pembubaran ini...," katanya ketika diminta mengulas mengenai hasrat kerajaan negeri Selangor yang mahu membubarkan DUN lebih awal.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum itu menyampaikan elaun sara hidup bulanan kepada 389 nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat Penarik, khamis.

Beliau berkata, hasrat kerajaan negeri Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan kerajaan pusat hanya akan membazirkan wang rakyat dan tenaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

No comments: