Monday, March 18, 2013

15 Jamalul Kiram Istihar Perang Gelira Keatas Malaysia


Kurang Ajar! dah la ceroboh masuk negara orang tanpa izin, bunuh rakyat Malaysia nak lancarkan serangan gelira pula... Ini sudah melampau!

Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.

Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan, Kiram berkata adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.

Idjirani juga mendakwa Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu.

Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu.

15 comments:

Anonymous said...

Dia tak kisah. He has nothing to loose. 'Askar' dia mati bergelimpangan; dia boleh tinggal kat rumah mengharapkan kemenangan dari 'perjuangan' pengikutnya yang tak sampai 200 orang.

Hancur laa K.O nanti. Ada dia kisah??

Anonymous said...

Yang dibodohkan adalah pengikut dia ... 200 orang macamana nak tawan sabah ..... teruk-teruk askarnya lari sana sini kena hambat dengan askar malaysia, dia sambil minum kopi di beranda rumah dok bagi arahan jangan balik dan teruskan perjuangan ... apa punya Pemimpin nii dan paling teruk apa punya pengikut yang mengikut buta tuli ...sama dengan pencacai PKR

Anonymous said...

Orang tua"kiram" tak sedar diri,suka hati dia nk perang dgn Malaysia...

Anonymous said...

CUBA TANYA DIRI TU SIAPA YG CEROBOH DAN SIAPA PEROMPAK TANAH PAJAKAN ITU?

Anonymous said...

mata sepet sebelah nak berperang dgn ATM. x sedar diri.

Anonymous said...

Jamalul Kiram bukan waris sah Sultan Sulu kalau rujuk web http://www.sulu.gov.ph/Profile.asp?mode=sultanate pun tempohnya telah pun tamat pada 1990.

Anonymous said...

INI BUKAN MASALAHNYA. SIAPA WARISPUN SI PEMAJAK KENA PULANGKAN BALIK HARTA YANG DIPAJAKNYA APABILA TUANNYA ATAU WARISNYA MENGHENDAKINYA BALIK. JANGAN JADI PEROMPAK. JANGAN JADI PEMBELIT DGN MEMBERI BERBAGAI ALASAN.
ITU BUKAN HAK KAMU, KAMU CUMA MEMAJAK, FAHAM,,,, MEMAJAK.

Anonymous said...

Anon March 18, 2013 at 5:51 PM,

Kau tak cerdik..! Nenek moyang ko dah bagi permanent lease kepada orang kapir.. Permanent tu, kalau kau tak sekolah, maknanya TETAP. Pajak , yes..., tapi pajak TETAP. Pajak sampai kamu semua mampoos. Kamu dah mampoos pon.., pajak masih berjalan.

Tak timbul langsung kamu boleh ambik. Kalau kamu nak masuk untuk buat kacau ganggu.., aku boleh hancurkan kamu., sebab kamu telah hilang hak keatas tanah nenek moyang kamu.

Rakyat yang duduk atas tanah tu pun telah mengundi melalui pungutan suara Cobold untuk bersama-sama dengan rakyat dan kerajaan Malaysia. Bangsa2 Bersatu telah iktiraf. Kerajaan Filipina pun telah menggugurkan tuntutan keatas Sabah.

Tiba2 ada seorang giler dari keturunan sulu yang mengaku sultan.., terhegeh2 nak menuntut tanah tu kembali. Undang2 rimba kamu mungkin boleh lah.

Kamu ingat aku pikir kamu akan insaf dengan penjelasan aku ini? Tak mungkin. Aku yakin kamu tidak mungkin akan terbuka pintyu hati kerana hati kamu telah kelam busuk dan hitam akibat dendam dan kebodohan yang melampau..

Kamu masuk menyerang kami.., kami akan hantar kamu balik ke neraka jahanam..!!

Anonymous said...

Kamu orang melayu tapi kamu tak faham erti bahsa melayu.
Cuba kamu terangkan apa erti PAJAK dan apa erti BAGI PAJAK?

Jangan bodohkan diri sendiri kalau bahasa sendiripun tak tahu.

Sebab itu aku kata orang2 sulu ingin mengambil balik Sabah sebab itu hak tanah mereka yang sah.

Hanya PEROMPAK sahaja yang mengaku itu tanah dia.

Anonymous said...

Pulangkan lah tanahnya,. Hakikatnya sabah bukanlah kepunyaan malaysia.. Org suluk berhak keatas tanah sabah ini. Tuhan akan sentiasa berpihak pada yang benar. Kesultanan sulu telah wujud lama dan lebih senior drpd kerajaan filipina maupun malaysia.. .

Anonymous said...

Permenant lease adlah sewa tetap.. . Hak masih lagi keatas tuanya. Walaupun sabah telah merdeka diatas ciptaan inggeris org yg terdahulunya lebih hak keatasnya.. . Itupun sudah tertulis diatas perjanjianya.

Anonymous said...

Orgx suluk telah lama menderita diatas tanahnya sendiri.. Oleh kerana kerakusan manusia yg bukan asal drpda tanah ini x pernah memikirkan dn memberi keadilan kpd mereka. Hanya rakyat sabah yg mengerti keadaan ini.. . Perang dn kematian akan berlanjutan jika pemimpin kita masi rakus. Jika kita mati diatas pihak yg benar kematian adlah berbaloi..

DKN MASTER SERVICES said...

Silap besar la askar sulu nak langgar askar malaysia . Ada hati . Puuihhhh ! Pundek punya sultan sulu.

Anonymous said...

hahahha hancur ko kiram.. ko datang untuk nyawa ko dijemput awal.. bukan nak bagi panjang kan nyawa.. persoal PAJAK pulak itu bukan masalah nye.. sekrang masalahnyeee kenapa perlu jadi pengganas. nak tawan la nak bunuh laaa sapa punya undang2 yg kiram pakai.. adoiii sapa la yg bodoh sgt nak membenarkan kekejaman tu oi...

Anonymous said...

ini x bley di biar kan
smua nie sye spat panas klo mcm ni

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates