Monday, March 18, 2013

5 Pasukan Keselamatan Bertempur Dengan Pengganas Sulu


Pagi tadi pasukan keselamatan sekali lagi bertempur dengan saki baki pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu, Felda Sahabat 22.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan di sidang media pagi tadi, beliau berkata pihaknya percaya ada musuh yang cedera atau terbunuh tetapi belum menerima laporan mengenainya.

Sementara itu, kawasan persisiran pantai Felda Sahabat akan menjadi kawasan pertama pengukuhan pertahanan negara melalui pembinaan pos kawalan baru yang diperkukuhkan dengan kekuatan anggota pasukan keselamatan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom).

Berita terdahulu: Jamalul Kiram Istihar Perang Gelira Keatas Malaysia

5 comments:

Anonymous said...

Berjuang utk mempertahankan tanah tumpah air dpd manusia2 yg FASIK dan MUNAFIK yg telah merompak dan menipu dlm perjanjian pajakan adalah suatu jihat. Mereka yg gugur adalah syahid dan akan ditempatkan ke dalam syurga bersama para syuhada.

Anonymous said...

Datuk nenek & moyang kamu telah serahkan segala maruah dan kedaulatan tanah itu kepada orang kapir / orang putih.. (PERMANENT LEASE)

Alhamdulillah.., dengan kuasa dan takdir Allah jua, rakyat Sabah telah memilih untuk bersama-sama rakyat dan kerajaan Malaysia.

Tiba2 datang manusia yang mengaku 'Sultan Sulu'.., yang tiada daulat dan wasiat.., yang menyeru 'tenteranya' datang ke Sabah sebagai perompak...!!

Perompak mana yang syahid?? Berapa banyak Sultan Sulu yang wujud di negeri kamu? Kamu mengaku Islam..? Begini cara 'Islam' kamu bertindak??

Orang Sulu tidak bersalah.. Namun.., ada seorang manusia dari keturunan Sulu yang kemaruk kekuasaan, menghasut sebilangan kawan & sahabat.., sehingga mereka tertipu dengan khayalan dan impian seorang yang menggelarkan dirinya 'Sultan Sulu'. Mati syahid yang diimpikan..; namun jelaslah mereka mati dalam keadaan yang amat hina!

Datang menyerang negara yang berdaulat dengan diiringi segala macam kurafat dan syirik... Datang membunuh anggota keselamatan Malaysia dengan cara biadap. Mendera & menyiksa mayat rakyat Malaysia.. Islamkah yang mengajar kamu semacam itu?

Kamu datang menyerang.., kami buru dan hancurkan kamu sehingga kamu lemah dan hancur; seakan matinya kucing2 kurap dijalanan...!

Anonymous said...

Apabila orang melayu tak faham bahasa melayu itulah jadinya.
Maksud PAJAK dan di BERI PAJAK pun tak tahu maknannya, apa guna mengaku berbangsa melayu.

Hanya LANUNU & PAROMPAK sahaja yg suka mengaku tanah PAJAK itu hak seumur hidup dia.

Sebab itu aku kata orang2 sulu berhak mengambil balik tanah sabah itu kerana itu adalah hak mereka yang sah.

Anonymous said...

Terimalah kenyataan jgn memutarbelitkan fakta sejarah.. . Permenant lease adlah sewa tetap.. Tuan tanah dn ketrunan tetap ada dn byaran lease masih berjalan.. Tuan tanah ada hak berjalan dn menikmati keindahan diatas tanah yg dmaksudkan.. Kesultanan sulu telah wujud berabad lamanya hingga kewaktu ini dn mereka lebih senior drpd krjaan filipina, malaysia maupun indonesia. Kematian mereka adlah syahid yg sebenar berbanding malaysia. Tanah sabah ini hanya dgunakan ole org luar yg munafik dmi kepntingannya tanpa berlaku adil kepada masyarakat suluk tika ini..

Anonymous said...

Disinilah kita dpat tahu islam yg sebenar atau tidak. Pada saat inilah tuhan akan tunjukkan kebenaran pd mereka yg tidak benar.. .

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates