Friday, March 15, 2013

PRU 13: Rakyat Dapat Tanah Jika BN Menang Di Kelantan


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan memberikan tanah kepada rakyat negeri ini sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menerajui kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, ia merupakan janji tambahan daripada tujuh perkara besar yang diumumkannya semasa melawat negeri ini pada Januari lalu.

"Pertama jangan bagi tanah kepada pemimpin DAP. Untuk apa bagi tanah pada pemimpin DAP, rakyat Kelantan dahagakan tanah, lebih 4,000 hektar tanah bagi kepada Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming, rakyat dapat apa?

"Salah satu janji tambahan, kita akan bagi tanah kepada rakyat Kelantan. Kita sebuah kerajaan kena buat yang terbaik untuk rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara hari ini.

Terdahulu Datuk Seri Najib umumkan 7 Janji Barisan Nasional Jika Menang di Kelantan

1. Membina Lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu
2. Membina stadium baru
3. Mengatasi masalah air
4. Membina 3,000 rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA)
5. Membina UiTM bandar Kota Bharu
6. Membina masjid negeri bernilai kira-kira RM50 juta
7. Menyediakan perkhidmatan bas Rapid Kota Bharu

5 comments:

Anonymous said...

INILAH DIA BAPAK SEGALA RASUAH....
najib altanthuya....

Kalau mata tak terbuka lagi dgn RASUH PRU ni...memang BINGAI BIN KELDAI la...

Anonymous said...

Erk..PM da nk bg tanah, bkn amik tanah mcm hamPAS
Patut ucap la tq, tima kasey..ni tb2 nk naik hangin?
To pakatan rakyat yg bengap :
"U ulang i samannnnn"

Anonymous said...

Kalau tak RASUAH bukan lah UMNO namanya.....
he..he..he..

Anonymous said...

MAU KASI TANAH....OK BERES...SETUJU. TAPI UNDI TARAK BOLEH PAKSA2 WOOOO...

Anonymous said...

ini yg aku marah sama MELAYU. sikit-sikit MELAYU. sikit-sikit mau kasi MELAYU. Ini UMNo banyak RACIST la. Aku benci sama UMNo. Kalau ini Malaysia tada Melayu lagi bagus la.