Thursday, May 9, 2013

9 Azmin Terus Menghentam Anwar di Twitter!


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam memulau perhimpunan Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan PRU 13 dan sebaliknya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan “politik melampau.”

Dalam mesej twitnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju kehadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor.

Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara.

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” tambah Azmin.

“ 

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” katanya

“ Gagal ke Putrajaya. Salah siapa ? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,” kata Azmin dalam tweetnya

Azmin dijadual mengadakan sidang akhbar pada Jumaat ini.

Kecaman terbuka Azmin terhadap Anwar berikutan desas-desus beliau dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Turut bersetuju berbuat demikian adalah timbalan Azmin, Zuraida Kamarudiin yang juga Ketua Wanita PKR.

Mereka dilapor melahirkan hasrat itu selepas Anwar menolak usul PKR Selangor supaya calon lain dan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipilih sebagai Menteri Besar Selangor.

Setakat ini Anwar belum mengumumkan keputusan siapa akan menerajui Selangor.

Zuraida memberitahu antarapos, beliau menolak sebarang campurtangan DAP dan PAS dalam memberi sokongan kepada Khalid untuk terus memegang jawatan itu.

9 comments:

cahaya pelangi said...

azmin... ko kasi belasah anwar tu. memang dah letih ni dengan politik melampau die.. entah bila nak start keje utk rakyat. tapi ko kena hati azmin.. takut kena sondol dengan si anwar tu... hidup azmin! aku sokong ko letak jawatan.. keluarkan segala rahsia pincang anwar tu, die memang hanya nak guna2kan ko je. (info dari dalaman)

Anonymous said...

nak bawa budaya umno masuk kat pkr. main ugut2 pula.pas yang dapat lebih kerusi pun nak bagi kat khalid,dah patut berterima kasihla.manusia sombong dan bongkak macam ni mana sesuai jadi mb selangor.kalau nak letak jawatan letak ja xpayah ugut2. aku orang pas mulai semalam aku benci habis dgn 2 ekoq ni.gila pangkat,gila kuasa dan terus gila khinzir.nampak ja macam hebat majoriti pun dah susut.ingat rakyat bodoh ka.

lijitra said...

sedar la azmin oii,hang menang pun atas sokongan pakatan dan restu pemimpin atasan pkr utk bertanding.jgn jadi anjing yg terlepas dari ikatan.gigit tuan pulak.

Anonymous said...

hampa kat atas ni patut sedaq sama..
jgn asyik taksub berpolitik. takut2 menang sorak kampung tergadai je nanti... berseronoklah ampa. bila tiba waktunya singapore masuk malaysia gabung ngan DAP.. maka cina jadi majoriti. time tu baru ampa sedaq yang ampa ni bodoh.

Anonymous said...

agree ngan anom 12:15

reality yang harus kita fikirkan, bukalah fb atau blog luahan hati melayu singapork...dan peringatan yang mereka berikan...
sudah dan hentikan politik membenci sesame sendiri, kita harus bersatu membela Tanah air kita, yang konon terlebih isle juga sudah2 dengan propagandanya, berpijaklah dibumi nyata, semangat kebangsaan tidak bercanggahpun dengan isle... assobiayah puak2 demo lag teruk tau tak?

Anonymous said...

Aku sokong hangpa dua di atas aku ni. Perhatikan kalau ada cubaan nk baik-baik, ada org selit komen kasi gadoh balik. Ini kerja sepet menyamar untuk laga-laga kan kita. Insaaaf laa oooi.

Anonymous said...

x pyh nak tunjuk pandai la sgt, aku pelajar undang2 pun tahu. negara kita ada perlembagaan la, igt sng2 ke singapore nak msuk msia...kita ada kesultanan melayu apa nak takut,sje je nak rosakkan hubungan baik masyarakat majmuk kat negara ni, korg mmg racist.

Anonymous said...

diam jela, biorkan je dia org. ko pun tahu kan banyak bandar besar DAP dan PR pegang. Ni KL ni bila korang nak clearkan pusat2 hiburan dengan yg2 tuh. Tuh kat Kota Damansara tuh pun banyak gak, ni jalan kat KIP Kepong ni lobang sini lobang sana, Ni Sg. Buloh banyak sangat kuari sana sini. Repair hari ni lusa dah rosak. Yg pentingnya bukan kemenangan saja, tapi berkhidmatlah untuk rakyat. Jangan nanti kata gah " Selangor banyak duit" tapi sebenarnya budjet dak disalurkan ke tempat yang betul. Bukan untuk masjid sahaja, lain2 pun kenalah beri gak. Dah jangan gaduh2 lagi. Pergi buat je kerja yg diamanahkan oleh rakyat.

Anonymous said...

PKR = Pemimpin Kencing Rakyat ..sama jew azmin n anwar neh , kaki jubor lwn kaki jubor .. kena sgt lah tu ..

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates