Saturday, May 11, 2013

Husam Tak Puas Hati Nik Amar Dapat Liputan TV3


Di Kelantan, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menggunakan media perdana bagi menjelaskan isu penggugurannya sebagai Exco kanan kerajaan negeri itu.

Beliau yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk Mohd Amar itu mengarahkan jurukamera TV3 Kelantan menghentikan rakaman dalam satu ceramah yang diadakan malam semalam.

DATUK HUSAM MUSA / NAIB PRESIDEN PAS


"Tetapi sebentar tadi teman saya Nik Amar keluar tv tadi, pada pendapat saya tak suka gunakan TV3 sebagai saluran, malam ini pun TV3 bercadang nak ambil rakaman ceramah kita malam ini. Saya mintak petugas-petugas nasihatkan TV3 supaya tidak merakam secara langsung kerana pada pendapat saya semua media ini adalah media hantu".

Petugas di ceramah berkenaan kemudian cuba merampas telefon bimbit yang merakam ceramah berkenaan sambil meminta semua visual dipadamkan, namun tidak dilayan.

Datuk Husam yang digugurkan daripada senarai Exco kerajaan negeri, pada 8 Mei lalu melahirkan rasa kecewa kerana tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Menteri Besar baharu dan kerajaan baharu.

Beliau turut mendakwa tidak ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan PAS Negeri untuk memutuskan perkara terbabit.

Bagaimanapun semalam Datuk Mohd Amar yang bercakap kepada semua media menafikan kenyataan Husam, sebaliknya menjelaskan mesyuarat diadakan pada 6 Mei lalu di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan tanpa kehadiran Datuk Husam.

Dalam mesyuarat itu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Datuk Ahmad Yakob menjadi Menteri Besar manakala terpulang kepada beliau melantik pasukan Exco yang boleh bekerja dengannya.

3 comments:

Anonymous said...

Tak habis2 nk berpolitik bila nk mmbangonkan ekonomi org islam woiiittt !!!..inilah yg dinamakan ulama perot PAS ..Hamjadah lah

Anonymous said...

ini sandiwara politik PAS utk mndpt simpati rakyat ..di akhir cerita nt UMNO akn dituduh sbg mlakukan konspirasi terhadap PAS dn tlh mmbayar Husam..

Anonymous said...

Nik Amar lebih bijak berpolitik dari Husam. Itu jelas.

Kalau selama ini Husam dilihat sangat rapat dengan TGNA sehingga 'melupakan' hubungannya dengan Ustaz Ahmad Yaakub, namun Nik Amar lebih bijak. Beliau telah menyusun barisan kepimpinan negeri melalui hubungan & kesetiaannya kepada bekas Timb. Menteri Besar itu.

Husam digalakkan berperanan untuk 'National Politics'; sementara segala kejadian politik di Negeri Kelantan berlaku tanpa peranannya.

Saya simpati.., namun itulah hakikat permainan & kebijaksanaan manusia dalam berpolitik.

If you bet on the wrong horse, you will lose. It's that simple.