Tuesday, May 7, 2013

4 Pemuda BN Mahu Kaji Trend Pengundian PRU13 - Khairy


Pemuda Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji trend pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan strategi bagi menyatukan kembali rakyat dan meningkatkan keyakinan mereka kepada BN.

"Melalui post mortem ini, kita berharap dapat merangka langkah-langkah yang perlu bagi mengembalikan undi kepada BN pada masa hadapan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Khairy berkata Pemuda BN memperoleh keputusan yang baik pada pilihan raya semalam apabila memenangi sembilan kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Daripada 42 calon Pemuda BN yang menang, 26 merupakan wakil Pemuda Umno yang menang di 21 kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen," katanya. Khairy, yang mengekalkan kerusi Parlimen Rembau, berkata walaupun ada calon Pemuda BN yang tewas, namun sebagai muka baharu, mereka sudah berjaya mendapat pengalaman, latihan dan pendedahan melalui PRU kali ini.

"Jadi, pada PRU akan datang mereka merupakan muka-muka yang sudah dikenali masyarakat tempatan," katanya.

Khairy juga meminta calon Pemuda BN yang menang kali ini supaya memikul amanah yang diberikan rakyat dengan sebaik mungkin dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.

4 comments:

Anonymous said...

go go go Khairy, harap2 ko dapat jadi menteri, satu-satunya pemimpin muda yang berani bersemuka dengan anuwar yang gagal di'pakai' oleh PKR, jangankan anuar najib pun dia berani bantah tentang sesuatu isu...tahniah kerana menang KP.....

Anonymous said...

khairy.., gunakan peluang ini! cuma jangan terlebih langkah, selalu rujuk dengan orang lebih dewasa....

Anonymous said...

kaji betul-betul, gerakkan seluruh tenaga pemuda..jaga pengundi-pengundi baru tu biar semua sokong kerajaan!

tapi jangan gelojoh nak jadi pm,sabar dan tunggu, kalau dah haq ia takkan kemana..kalau buka haq, yang dalam genggaman pun terlepas!

Anonymous said...

Khairy,,we can forgive but never forget. You were the culprit behind Anwar's released...How much did you get? We in BN have to clean your shit until today...Your FIL should be held responsible for this result...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates