Thursday, November 24, 2011

[video] Disko-Dut Hanya 3.6 Kilometer Dari Rumah Nik Aziz


Pusat hiburan ini dibuka sehingga ke azan subuh dan menjadi tempat kunjungan anak-anak muda, pak cik-pak cik dan pada waktu kunjungan kami itu, ada juga mak cik-mak cik GRO.


Setelah mendapati pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) tidak mengambil apa-apa tindakan selepas beberapa hint yang kami berikan tentang lokasi pusat hiburan ini, akhirnya, Agen Johnson telah bersetuju untuk mengadakan ‘Operasi Disko-Dut’. Operasi Disko-Dut merangkumi 3 pusat hiburan dan bermula dengan pusat karaoke di bawah pokok ceri.


Agen Johnson tiba di pusat hiburan yang terletak 3.6 km dari rumah Nik Aziz di Pulau Melaka ini pada tengah malam. Ia terletak di kawasan yang merupakan kubu kuat PAS. Adalah agak mustahil untuk percaya bahawa MPKB-BRI ada mengeluarkan lesen untuk pusat hiburan ini. Pertamanya tidaklah diketahui bahawa ada lesen sedemikian yang dikeluarkan kerana ianya tidak bersesuaian dengan imej Parti PAS. Keduanya, ia terletak di kawasan kampung dan dibuat secara terbuka menyebabkan gangguan bunyi ke rumah-rumah sekitarnya dan ketiga ianya beroperasi sehingga ke hampir subuh. Jadi, jika anda juga percaya bahawa mustahil pusat hiburan ini beroperasi dengan kebenaran MPKB-BRI, maka kita harus bertanya, mengapa MPKB-BRI tidak mengambil tindakan terhadap pusat sedemikian? Apakah kerana ia peninggalan UMNO-BN yang tewas pada tahun 1990 dahulu. Atau kerana di Mekah pun ada jugak karaoke bawah pokok kurma?


PAS is DEAD!

Baca lagi di sini....

3 comments:

Anonymous said...

sekurang-kurangnya rumah dia masih macam tu sejak 20 tahun memerintah Kelantan...cuba bandingkan dengan rumah pemimpin BN...

Anonymous said...

3,6km tak jauh tu..nik aziz tak teringin ke nak berdisko sama? Pemimpin/menteri umno pon sanggup gi berdisko/lounge yg jauh dari rumah..sampai pegi casino oversea nak.berhibur/berjudi....ni disko depan mata dah nik aziz weh... Tak teringin ke rasa life mcm menteri umno?

R'ain said...

Hahahaha PAS dah kantoi..tengok KL, tengok Johor, mana ada disko dangdut bagai ni..tepi2 jalan kat Danga Bay tu suci je malam2..nak lepak malam2 bersama keluarga tenang je..Pakatan, sudah2 lah dengan fitnah tu..tak reti bersyukur langsung dengan keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi kerana ketereran BN memerintah Malaysia. Tengok semua rakyat dah kaya, duit petik kat pokok depan rumah je..tapi, nak buat apa pun duit banyak2? Minyak murah, barang murah..see see..xreti bersyukur punya worang. puih.