Wednesday, December 28, 2011

Kawan Rapat Mat Sabu Ditangkap Khalwat



Kes Mat Sabu di tangkap khalwat di bilik 121, kini berulang kembali... Tapi kali ni yang kantoi ialah kawan rapat Mat Sabu... Mungkin Mat Sabu dah turunkan ilmunya untuk memikat hati isteri orang...

Tindakan seorang ahli politik duduk bergelap dalam kereta bersama isteri orang, mengundang padah, apabila gelagat mereka disedari sekumpulan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kemudian memanggil imam kampung, sebelum pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Kejadian berlaku pada jam 1.26 pagi berdekatan resort di Sungai Batu Pahat, di sini, 24 Disember lalu.

Menurut sumber daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (Jaips), ahli politik berusia 35 tahun dan sudah berkeluarga, ditahan bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam kereta Proton Wira, berhampiran semak-samun.

Menurutnya, kelibat pasangan itu pada awalnya disedari sekumpulan ahli SRS Kampung Sungai Baru, Sungai Batu Pahat sebelum imam kampung dipanggil untuk menyoal siasat pasangan berkenaan.

“Mereka kemudian ditahan selepas gagal menunjuk-kan dokumen sebagai bukti hubungan mahram atau suami isteri sebelum diserahkan kepada Jaips untuk tindakan selanjutnya.

“Laporan ke atas kedua-dua pasangan itu turut dibuat di Balai Polis Kangar sebelum dijamin oleh keluarga masing-masing,” katanya di pejabat Jaips, semalam.

Menurut sumber itu lagi, ahli politik berkenaan dan pasangannya hadir ke pejabat Jaips semalam, untuk memberikan keterangan selama sejam.

“Keterangan tertuduh mula diambil oleh pegawai Jaips pada 9.45 pagi dan berakhir 10.45 pagi, dimulakan dengan tertuduh lelaki diikuti dengan pasangannya.

“Buat masa ini, Jaips memutuskan 18 Januari 2012 sebagai tarikh permohonan agar kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar, memandangkan kami masih menunggu keterangan saksi yang menahan pasangan itu termasuk imam masjid,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pasangan berkenaan ditahan dan didakwa bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis, 1991 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Apa kejadahnya trend orang PAS ni suka main dengan bini orang? Adeeehhh rosak-rosak!

11 comments:

bota silver said...

ajaran baru PAS...

Anonymous said...

inilah kumpulan manusia yg "kokoknya berderai-derai tapi ekornya bau tahi" PAS terhemPAS!

Anonymous said...

tahniah mat sabun anda dah selamat tarbiahkan pengikut-pengikut anda dengan ajaran zina isteri org

han said...

Yang ditangkap khalwat itu ialah
ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Padang Besar, Aidi Helmi Mohamed.

Sila rujuk file JAIPs dan harap ke Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 18/01/2012.

Harap ubah komen2.

Terimakasih.

han said...

kita kena nilai kembali peranan Biro Agama.

omaq said...

hahaha....mampoih la puak2 UMporNO nih...Buat kerja haramjadah pastu pi tudoh kawan mat sabu la pulak....sah UMporNO kaki fitnah.

almatayer said...

Emrmm..sekadar tumpang nak gelak

Anonymous said...

KANTOI !!!
Itu yg dapat aku maki buat gerombolan pencacai UMporNO yg suka wat FITNAH.
Hang nih yg jahat adalah pembangkang yang baik tidak songsang adalah UMporNO. Cilakak lu!
Layaknya hang sume makan taik spt awak2 Eeee Umno Pulau Pinag di Komtar baru2 nih... beghat sakan.

-zunodeng.

zog zag said...

sexuality merdeka ! sexuality merdeka !! sexuality merdekaaa...!!!

Anonymous said...

pastikan 901 @ sexuality merdeka tajaan pkr & pakatan rakyat lebih berjaya drpd himpunan sejuta umat tajaan umno haprak.

zara said...

zog zaq,
teruskan berfikir menggunakan kepala lutut.