Saturday, December 31, 2011

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega 2011


Pelawak otai Osbon hari ini di nobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2011 mengalahkan kumpulan Boboi, Syok dan Saehu...

Ini bermakna Osbon membawa pulang RM350000 sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2011. Tempat kedua pula dimenangi oleh Boboi yang mendapat RM250000 dan trofi.

Tempat ketiga milik Saehu membawa pulang RM150000 dan trofi dan tempat keempat milik Syok sekaligus membawa pulang RM50000 dan trofi.

Dalam konsert akhir ini, setiap finalis ditugaskan membuat 2 persembahan iaitu bertemakan muzikal komedi bebas.

Siaran langsung Maharaja Lawak Mega akhir berlangsung pada pukul 9 malam 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Anda juga mungkin berminat dengan posting ini... Diantara Dua Darjat... Azmin Ali Tidak Rela Dipancung Oleh Nurul Izzah !

7 comments:

Anonymous said...

Osbon terbaik... kemenagan Osbon adalah kebangkitan pelawak otai di negara ini.. tahniah Osbon.

Anonymous said...

aku igt Boboi menang td.. tapi apa2 pon tahniah kpd Osbon..

Anonymous said...

Yess otai menang..lawak osbonn mmg terbaik...tp boboi pn terbaik gakk..cayalh korang...

Anonymous said...

kumpulan Syok tak layak masuk final.. lawak diaorg syok sendiri...

rakab said...

Memang best gila laa MLM tadi..
Osbon dengan Boboi memang pilihan dari awal lagi,..Saehu dan Syok sekadar mencukupkan kuota jer..

Zizan dan Johan pun best walaupun hanya sebagai undangan.

Drakulla said...

Salam tuan, mohon link kan :
http://bandar-penawar.blogspot.com/

usin said...

assalam. bg aku osbon 'hidup' kerana abon. mr os hanya menyerahkan 'eksesori'nya sebagai bahan lawak. dari minggu 1 sampai final, 'eksesori'nya itu tetap jd bahan lawak. maknanya pelaksana 'tegar' idea tu siapa kalau bukan abon si 'bukan jawa' tu. apapun, kedua-duanya adalah saling lengkap melengkapi. boboipun bagus & memang dh dijangkakan kedudukan kedua. saehu lebih baik dr syok yg syok sendiri. so, susunan pemenang oleh panel juri & menonton adalah terbaik!!!!