Saturday, January 7, 2012

UMNO Perlu Perubahan.. Tegas DS Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO memerlukan perubahan meliputi transformasi ‘orang dalam’ parti untuk terus kekal relevan.

Presiden UMNO berkata, atas dasar itu, UMNO tidak lagi boleh bersandar kepada nilai-nilai sejarah semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, UMNO perlu realistik dengan memandang jauh ke hadapan kerana perubahan landskap politik bukan hanya ‘melanda’ negara tetapi dunia.

“Kita (UMNO) tidak boleh jadi parti automatik first choice tetapi kena buktikan yang kita benar-benar pilihan utama.

“Dahulu, letak songkok pun boleh menang tetapi kini kita dituntut benar-benar berwibawa dan bebas daripada kontroversi.

“Justeru, saya akui kita masih ada ruang penambahbaikan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Kita perlu perubahan termasuk orang dalam UMNO sendiri. Dan, perubahan itu adalah sesuatu yang mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Penghargaan Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Najib berkata, perubahan yang telah dan akan berlaku dalam UMNO perlu bersandarkan kepada parti yang mampu terus menjadi pilihan rakyat terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Sementara itu, beliau memberitahu, sebagai parti politik, UMNO amat memerlukan kerjasama, kefahaman dan sumbangan media untuk menyampaikan mesej perjuangan parti.

“Juga di dalam kupasan dan menerangkan hala tuju perjuangan kita supaya rakyat lebih memahami akan tujuan sebenar sesuatu tindakan serta keputusan oleh UMNO,” katanya.

Terdahulu, dalam majlis sama, beliau menyampaikan anugerah penghargaan bagi lapan kategori merangkumi rencana terbaik, laporan berita terbaik, fotografi terbaik dan anugerah khas kewartawanan politik terbaik.

Penolong Ketua Pengarang I, Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan telah menerima Anugerah Khas Kewartawanan Politik 2011.

Sekalung tahniah di ucapkan kepada Datuk Zaini Hassan...

1 comment:

Anonymous said...

Wahai ahli2 UMNO

Tiada ubat terbaik bagi UMNO hari ni adalah kembali kepada nilai Islam syumul bukan tempelan ... hayati keseluruhan syariat Allah dan kepimpinan Rasulullah serta amalan khalifah arrasyidin & salafussoleh .............. pasti diredhai Allah & disayangi oleh seluruh makhlok..