Thursday, April 26, 2012
BERSIH Lambang Kekecewaan Pembangkang
Setelah gagal mempengaruhi rakyat menyokong mereka, pihak pembangkang kini mahu mengadakan perhimpunan haram Bersih bagi kali ketiga.
Di belakang segala perancangan ini sudah tentunya, Anwar Ibrahim yang memperkudakan rakyat untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Strategi beliau untuk melancarkan demonstrasi jalanan disokong pula oleh PKR, PAS dan DAP dengan menggunakan landasan Majlis Peguam.
Peguam Ambiga Sreenavesan pula di letakkan sebagai jurucakap Bersih kononnya golongan pendesak pilihan raya bersih berpaksikan kepada undang-undang negara.
Realitinya perhimpunan haram Bersih samada ia diadakan dalam bentuk perarakan, demonstrasi, bantah duduk atau dalam apa-apa posisi sekali pun adaalh satu mencabar kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara ini.
Sejak merdeka, negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dalam kerangka konsep raja berperlembagaan tidak pernah gagal mengadakan pilihan raya umum setiap lima tahun sekali sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang.
Malaysia antara satu-satunya negara membangun dan negara Islam contoh yang diiktiraf dunia menghayati sistem demokrasi dalam ertikata sebenar.
Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diberikan tanggungjawab sepenuhnya melaksanakan semua proses perjalanan 12 PRU sebelum ini telah berjaya mengekalkan integritinya sebagai sebuah badan yang bebas dan berwibawa.
Kerajaan melalui parlimen telah pun bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dengan dianggotai secara adil oleh semua pihak - wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan juga bebas.
PSC akhirnya menggemukakan 22 syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya untuk dipertimbangkan oleh SPR.
Malangnya pihak pembangkang tidak berpuas hati dan mahukan kerajaan dan SPR tunduk kepada semua tuntutan mereka dan apabila gagal, ia seperti biasa memangsakan rakyat untuk dijadikan kambing hitam dalam politik kotor mereka.
Taktik pembangkang adalah mudah untuk dibaca - segelintir rakyat yang terpengaruh dengan dendangan dakyah dan cerita dongeng pembangkang akan terheret dalam perhimpunan haram pada 28 April nanti, dan apabila tindakan undang-undang diambil, pembangkang akan menuduh kerajaan zalim dan sebagainya.
Tujuannya ialah untuk menunjukkan kepada dunia luar bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah tidak demokratik dan tidak adil.
Jika dilihat realiti pilihan raya pada 2008, hakikatnya adalah 360 darjah berlainan daripada yang didakwa pembangkang.
Lupalah pembangkang telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta mengekalkan Kelantan?
Mengapa pembangkang tidak mempertikaikan proses pilihan raya di negeri-negeri yang mereka menangi sebagai pincang?
Adakah apabila pembangkang memenangi kesemua kerusi parlimen dan negeri, barulah pilihan raya itu dianggap bersih, adil dan tidak tercemar.
Sebenarnya pembangkang tergolong dalam kumpulan yang kecewa kerana rakyat terus menerus sejak 55 tahun dahulu menolak gaya politik yang inginkan diserapkan ke dalam sistem politik negara.
DAP dengan sikap rasis dan cauvinis ekstrim Cinanya, PKR yang dikuasai golongan Kristian dan liberal dan PAS dengan cara pemiliran Islam yang kolot dan kuno cuba menggabungkan kesemua elemen politik mereka dalam apa yang mereka panggil Pakatan Rakyat.
Kononnya rakyat menjadi teras perjuangan mereka tetapi apabila dilihat kepada agenda di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang, jelas agenda rakyat hanyalah untuk dipergunakan bagi mereka terus kekal berkuasa.
Bersih kali ketiga bukanlah cerminan aspirasi rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi lebih merupakan sifat tamak haloba dan kerakusan pembangkang yang mahu mewujudkan tanggapan negatif terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najih Tun Razak.
Pembangkang sedar semua dasar dan program pembangunan dan kebajikan yang digerakkan oleh Perdana Menteri telah berjaya dan memberi manfaat dan kesan positif secara langsung kepada rakyat.
Perhimpunan haram Bersih hanyalah satu taktik murahan pembangkang untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat kepada usaha yang pastinya menemui kegagalan.
Yang pasti, rakyat sudah lama bijak memilih antara kaca dan intan.
Lantas, usaha pembangkang mahu menganjurkan perhimpunan bantah duduk dilihat rakyat sebagai sesuautu yang sia-sia, lucu, membuang masa dan tidak mendapat sambutan.
Labels:
Bersih 3.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salah tu beb...!!!
Bukannya kekecewaan....
Tetapi....
KEAZAMAN PR utk memBERSIHkan gejala2 kotor dalam SPR yg menjadikan SPR seperti LEMBU yg di cucuk hidung oleh Umno.
Begitulah perjuangan orang2 yang kecewa dalam hidup.
Dahlah tak berjaya dalam politik guna pula mahasewel untuk berdemolah dan guna lembu2 bodoh untuk himpunan BERSIH. Orang berjiwa kacau dan berhati busuk macam mana nak bersihkan pihak lain???
Pergilah cuci jamban lagi baik!!!!!
Tolong bagitahu datuk berjanggut putih tu agar bersihkan mukanya dulu....nampak comot sangatlah.
ANON KIMAK 8.31AM
YANG PUAK2 KO MENANG KAT PENANG, KELANTAN, KEDAH DAN SELANGOR TU...KO NAK CAKAP SPR X ADIL LAGI KE..
MEMANG KIMAK LA KO...
AKU PUN BOLEH CAKAP NEGERI2 YANG KORANG MENANG TU SEPERTI DAH JADI LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG OLEH PUAK2 PAKATAN....
pak samad ni sdg brgelut dgn hari2 terakhirnya sbgi org tua yg jd pengkhianat negara..rumah kata pergi kubur kata mari..dgn wajah brserabutnya tdk mungkin dia nmpak kebenaran lg..tiada ke ahli keluarga yg boleh menasihatknnya..dia dah trpesong jauh krn menyokong prjuangan seks bebas..atas nama hak asasi manusia pak samad jd mcmni..ahli2 keluarganya tolonglah selamatkn org tua ni cepat sblm tuhan mengambil nyawanya yg dlm kesesatan...
jumlah kerusi BN di Pulau Pinang banyak dimenangi oleh UMNO, tetapi mereka ditolak ke tepi. Keadaan ini menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya ‘kuda tunggangan’ Parti Gerakan sehingga akur dan tunduk dengan kehendak parti tersebut. Pelantikan pastinya sebagai tamparan hebat kepada pemimpin ultra Melayu Pulau Pinang. Dimana perginya suara lantang pemimpin Melayu UMNO Pulau Pinang yang kononnya mahu membela umat Melayu.
Mengapa tidak ada satu suara pun yang bangkit menentang keputusan Presiden UMNO agar pemimpin UMNO diangkat sebagai Pengerusi BN. Pemimpin UMNO P.Pinang sepatutnya tercabar kerana mereka dipandang lekeh oleh pucuk pimpinan UMNO sehingga tidak dipandang langsung untuk mengetuai BN di sana.
Kena kencin laa puak2 ni...
Org tua X sdor diri ..... Rumah kata pegi kubor kata mari.... Bwk2 la mengucap byk2 yg kau tu bersekongkol dgn manusia haramjadah yg pejuangkn murtad & LGBT, apa hukum tu? Byk la kau punya sastera Melayu konon ...
ini demo haram mereka terahir..lepas ni tak merasa dah sebab parti2 mereka akan lingkup lepas pru13 ni..mereka betul2 nak mengganas..
Post a Comment