Tuesday, April 24, 2012
Nalla Serah Pita Rakaman.. Anwar Makan Aiskrim Dengan Shamsidar
Foto di atas pernah popular pada tahun 1998. Satu foto yang dirakamkan menggambarkan tiga watak penting, Shamsidar Tahrin (isteri Azmin Ali), Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) dan Anwar Ibrahim (majikan Azmin Ali).
Foto ini pernah dikemukakan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, dan dijadikan bahan bukti (ID48) pada November 1998 semasa perbicaraan kes salah laku Anwar Ibrahim menghalang siasatan pihak polis untuk membendung skandalnya dengan Shamsidar Tahrin terbongkar.
AIDC: Bekas sahabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Datuk S. Nallakaruppan tidak sabar mahu menceritakan di mahkamah perhubungan sulit Ketua Umum PKR itu dengan isteri Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.
“Saya ingin menceritakan bagaimana Anwar makan aiskrim dengan Shamsidar”, kata Nalla seperti disiarkan TV3 semalam.
Sambil menggesa Anwar percepatkan perbicaraan kes saman terhadapnya, Nalla juga turut menyerahkan satu pita video kepada peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur kira-kira 2 petang semalam.
“Saya sudah bagi pita video itu kepada peguam saya sebagai bukti dalam kes saman ini. Apa jua bukti yang saya ada, saya sudah beri pada peguam saya. Saya mahu mereka tayangkan video itu di mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan,” katanya.
Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan kandungan pita video itu.
Sementara itu, Ummi Hafilda dalam ceramahnya di Kampung Batu Enam Suku Jalan Atas di Tanjung Piandang, adik bongsu Azmin Ali, Ummi Hafilda menyingkap kembali apa yang berlaku di antara beliau dengan abangnya.
Ia berkaitan dengan dakwaan hubungan sulit isterinya Shamsidar Taharin dengan Anwar Ibrahim.
“Azmin dia pressure saya. Ehh kenapa kau tulis surat kepada Dr Mahathir? Pasai apa kau tulis surat kepada Dr Mahathir? Saya kata Min maknanya kau tau bini engkau tidur dengan Anwar, Min? Eh itu bukan urusan kau, itu urusan aku dan bos aku. Bos aku boleh kasi 200 juta. Kau cakap berapa juta kau boleh bagi aku? Saya terus urut dada. Saya kata Min kenapa engkau jadi macam ni”, katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Sehingga ke tahap begini politik di Malaysia...
sangat detail hinggakan ke aktiviti makan aiskrim...seseorang boleh dimalukan...
otak sama dengan ummi la sape yang percaya dengan minah karan ni..waktu jadi saksi dulu woww berlagak nak maposs dia punya gaya jadi berita nombor satu pulak cehhhh..
Kalau Umi cakap : Pitnah
Kalau Nuar cakap : Fakta
hanya sebab dirinya Anwar Ibrahim maka cerita sekisah tahun 98 (andainya benar) dijadikan rujukan para pengkaji sejarah..sedangkan tak sampai sebulan kes dimana seorang menteri berhabis juta ringgit untuk seorang wanita yang penuh tanda tanya akan kekayaannya menjadi begitu sepi...hehehe
Post a Comment