Friday, April 20, 2012

Occupy Dataran: Game Ni Dalam Poket Je Der....


Kalau kita rajin korek sana-korek sini dan buat sifir mudah, tambah, tolak, bahagi campur, jumlah mahasiswa sebenar yang duduk berkhemah siang malam sejak enam hari lepas di Dataran Merdeka mungkin hanya 10 orang.

Ini dalam erti kata yang benar-benar mahasiswa, yang sepatutnya hadir ke kelas tetapi ponteng konon hendak berdemo menghapuskan PTPTN.

Habis yang lain-lain itu siapa? Soalan itu teman ajukan kepada seorang kawan masa minum teh tarik dan pekena roti canai pagi tadi.

Kawan ini banyak tahu sebab dia orang lama, dulu pernah sekejab mengaku diri ‘reformis’.

Berbalik kepada cerita kami pagi tadi, kata kawan itu, yang ramai dengan jumlahnya kadang-kadang 30, kadang 50 itu adalah golongan gelandangan di sekitar KL yang sudah lama memprotes dan marah-marah dengan kerajaan.

“Mereka ini menyusup masuk ke demo mansuh PTPTN, ramaikan orang, sedangkan agenda mereka lain, mereka ini kumpulan ‘Occupy Dataran’,” katanya.

Kawan itu pun bersyarah panjang, tentang sejarah kumpulan Occupy Dataran ini, yang diilhamkan oleh golongan muda-muda di Amerika membantah sistem kapitalis dan pro komunis.

Kumpulan di Amerika itu namanya Occupy Wall Street.u

“Mereka ini kalau tahun 60, 70 dulu orang gelar hippies, hidup bercampur lelaki perempaun, protes kepada sistem, semua orang salah, boleh buat apa saja, jangan fikir dosa pahala, motto mereka ‘dilarang melarang’,” kata kawan itu.

Masa kami bersarapan itu, ada kawan lain tunjuk akhbar Sinar Harian Jumaat yang antara lain mendedahkan ‘aktiviti-aktiviti’ kumpulan yang berkhemah di Dataran itu.

Dari gambar-gambar yang disiarkan, kita dengan mudah dapat agak, apa sebenarnya perkumpulan tersebut.

“Hang tengok, ramai betul MP-MP pembangkang pergi jumpa depa, tengok budak Adam Adli boleh tongkat siku atas bahu MP Padang Terap, Nasir Zakaria, macam kawan baik betul,” katanya tunjuk sekeping gambar yang turut nampak MP Lembah pantai Nurul Izzah berdiri di sebelah Nasir.

Ada gambar seorang perempuan rambut botak, tak tahu siapa, turut serta dalam demo itu, sambil relax dengan rokok ditangan.

“Baguslah, bagi pelancong asing yang tidak tahu menahu tengok, bukan main pelajar Malaysia tuntut mansuh PTPTN, silap-silap rokok pun beli dengan duit PTPTN,” katanya.

Ada juga gambar Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil bercakap-cakap dengan peserta demo.

“Cantik juga budak-budak perempuan yang dia dok bagi penerangan tu, patutlah PAS hendak hantar Unit Amal kawal peserta bimbang diserang,” kata kawan lain, melawak, kami ketawa terbahak-bahak.

Malam semalam, sekumpulan pemuda, entah dari mana, pergi buat kacau kat tapak Dataran itu. Apa lagi riuh lah puak-puak pembangkang. Yang ditunggu-tunggu sudah tiba.

Menurut laporan media pro pembangkang, ada seorang cedera, tapi bukan pelajar, entah siapa pun tak pasti. Tidak ada pelajar yang cedera, Cuma khemah-khemah saja yang jadi mangsa ‘serangan’ tersebut.


Kata kawan itu lagi, dari awal protes mansuh PTPTN ini merupakan agenda pembangkang yang menjadikan 10, 20 orang pelajar sebagai kuda tunggangan.

“Protes-protes ini semua akal Anwar Ibrahim, sejak dari muda sampai ke tua, itulah kerja yang dia paling cekap sekali, buat orang marah dan protes,” kata kawan tu.

Anwar jelas beliau, ada keupayaan untuk ‘panaskan hati’ orang muda terutamanya yang ‘mentah’ dan belum faham simpang siur politik.

“Anwar mainkan perasaan mereka, itu kerja Anwar, dia tahu mana suis nak tekan bagi orang marah, bangkitkan isu minyak dan kos hidup misalnya, lepas kerajaan buat penjelasan, isu itu senyap dengan sendorinya, Anwar cari pulak isu lain.

“Anwar pemimpin yang hidup atas isu, bukan rekod perkhidmatan, 16 tahun dalam kerajaan, cuba senaraikan apa dasar atau program besar yang Anwar tinggalkan?

“Tidak ada sebab Anwar masa dalam kerajaan, bergerak atas pemikiran dan arahan Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir.

“Dia jadi tukang kempen kepada dasar-dasar Dr Mahathir saja sebenarnya, dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa, banyak lagi, adalah dasar Dr Mahathir yang Anwar jadi ‘duta’.

“Dia pandai jual barang, Dr Mahathir guna Anwar untuk jual barang…” kata kawan itu lagi.

Sambil minum, kami selak-selak lagi Sinar Harian, ada gambar peserta demo dok berbual dengan pelancong asing.

“Ini Anwar mesti suka ni, tambah-tambah lagi kalau budak-budak tu burukkan kerajaan,, dan kata hanya dia juru penyelamat negara… macam selalu yang media asing mainkan…”kata kawan itu.

Khamis malam, Anwar dan rombongannya melawat tapak perkhemahan tersebut dengan pakai topi Bersih 3.0, dia berucap mengatakan sokongan kepada protes tersebut.

Tapi tidak lama, katanya beberapa minit saja, mungkin sebab tidak ramai, malu kalau orang perasan.

Anwar oh Anwar, tak habis-habis kau ni…

-Agendadaily

No comments: