Saturday, February 16, 2013

Khairy Jamaluddin: Pemuda UMNO Sudah Sedia Sepenuhnya Berdepan PRU 13


Pemuda UMNO hari ini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata persiapan itu merangkumi persiapan di peringkat negeri, parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan seterusnya Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Menurut beliau tugas pergerakan itu adalah untuk mendekati pengundi muda yang telah dikenalpasti selain tugas serta tanggungjawab biasa yang dilakukan pada pilihanraya-pilihan raya sebelum ini.

“Kita sedia seratus peratus untuk mengadapi PRU-13 ini dengan mengenalpasti pengundi muda dan juga tugas berkaitan seperti keselamatan, logistik dan juga tugasan biasa sewaktu pilihan raya.

“Pemuda juga akan beri kawasan tumpuan di mana gerak kerja kita sekarang ini adalah gerak kerja yang menepati sasaran. Saya minta betul-betul kaji di setiap bahagian, kawasan parlimen dan DUN sampai ke peringkat pusat daerah mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN turut memberitahu pergerakan itu turut melaksanakan beberapa program besar dalam usaha membantu golongan muda di negara ini.

“Selain daripada kesiapsiagaan untuk menghadapi PRU-13, kita turut menjalan beberapa aktiviti lain seperti Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kedah baru-baru ini.

“Sehingga kini sebanyak 116 335 permohonan telah diterima dan memandangkan sambutan yang menggalakkan, kita telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran sehingga 1 Mac ini.

“Pada masa yang sama kita turut memperkenalkan beberapa langkah ke arah penambahbaikan seperti menambah 114 pusat pendaftaran selain bekerjasama dengan NGO seperti Majlis Belia Felda dan sebagainya lagi. Dan secara keseluruhan pusat pendaftaran BL1M berjumlah 737 di seluruh negara,” katanya.

Video URL: http://youtu.be/TNr2sTePxVM



Kata beliau lagi sambutan tersebut menujukkan kepercayaan orang muda terhadap pergerakan itu untuk mengendalikan program yang memberikan manfaat kepada mereka.

“Kita juga ada program BN Youth Job Fair iaitu di Terengganu pada 22 Februari ini, manakala lokasi kedua pula adalah di Tawau, Sabah pada 2 dan 3 Mac depan.

“Begitu juga pelancaran Kelab IPT BN. Setakat ini dua zon kita telah lancar dan adal lagi yang belum kita lancarkan. Selepas ini Kelab IPT BN yang terdiri daripada mahasiswa Universiti dan Kolej akan menjadi sukarelawan kita pada PRU nanti,” katanya.

Menjawab soalan mahasiswa yang dikatakan akan bertanding di Pekan pada pilihan raya nanti, Khairy berpendapat itu adalah dasar serta keterbukaan Perdana Menteri yang telah memberikan kebebasasn kepada mahasiswa selain kebebasan berpolitik kepada rakyat.

“Kita tengok dari sudut positif. Ini adalah hasil daripada dasar keterbukaan PM yang bagi kebebasan kepada mahasiswa dan beri kebebasan politik kepada rakyat kita. sudah pasti ada macam-macam usaha dan nak lawan sapa-sapa. kita tidak boleh sekat tetapi bagi saya kalau ada apa-apa cabaran baik di Pekan atau dimana-mana sahaja ianya adalah demokrasi.

“Sesiapa pun boleh bertanding…. mungkin mahu cari publisiti, mungkin ada ada yang menjadi ‘mastermind’ …itu saya tidak tahu. Dalam demokrasi kita kena terima….. tetapi fikir dua tiga kalilah….Ini bukannya pilihan raya kampus,” katanya.

UMNO-Online

1 comment:

Anonymous said...

betul la tu siap dgn kaki pukul dan samseng murahan untuk pru13...upah tshirt free,200,nasi bungkus dan air kotak....aku dan geng2 lanun aku kebas projek2 besar kat kl...kamu semua terus jadi lembu ok!!!!hahahaha