Satu kumpulan PKR pimpinan Ansari Abdullah mengumumkan satu senarai pendek tujuh calon pada hari Khamis, lapor borneoinsider.com di mana senarai nama Geng 7 (‘Gang of Seven‘) itu berbeza dengan senarai calon yang dipersetujui Pakatan sebelum ini.
Ansari, bekas Pengerusi PKR Sabah telah bertanding dalam pilihanraya sejak zaman Berjaya di bawah beberapa parti yang berbeza, namun dalam Plihanraya Umum ke-13, beliau tidak disenaraikan sebagai salah seorang calon PKR di Tuaran.
Lapor borneoinsider, keputusan Ansari mengumumkan senarai nama ‘geng 7′ itu telah menimbulkan rasa kurang senang Pakatan.
“Ansari tahu Tuaran yang telah diperuntukkan kepada APS dan Wilfred adalah calon, manakala Marudu akan dipertandingkan oleh Maijol Mahap,” kata pembantu Wilfred Bumburing dari Angkatan Perpaduan Sabah (APS).
Beliau menambah lagi: “Ansari tidak pernah menang bertanding dalam pilihanraya, jadi dia adalah
halusinasi. Senarai nama calon gengnya dan dia merupakan salah seorang yang turut bersubahat bertujuan untuk menonjolkan diri mereka. Sudah tentu ia bukan sesuatu yang rasmi tetapi sengaja didedahkan awal supaya memalukan kepimpinan PR, terutamanya Anwar Ibrahim dan Wilfred. ”
Pada Khamis, Ansari pada sidang akhbarnya menyebut senarai nama geng 7 iaitu beliau sendiri bakal bertanding di Tuaran dan Anthony Mandiau di Kota Marudu.
Ansari adalah Ketua PKR Cabang Tuaran dan Anthony Mandiau adalah Ketua PKR Cabang Kota Marudu
Selain itu terdapat 5 orang lagi penama iaitu Dr Chong Eng Leong (Sepangar), Mazhry Nasir (Putatan), Mursalim Tanjul (Kudat), Saidil Semoi (Kota Belud) dan Jonathan Yassin (Ranau),
Jonathan adalah adik ipar Ansari, ketua bahagian PKR Ranau, yang lebih dikenali sebagai tangan hitam di sebalik isu Anwar menerima gelaran kontroversi ‘Huguan Siou’.
“Selaras dengan janji untuk autonomi (Sabah), kita telah mengambil kebebasan untuk meletakkan nama-nama tujuh calon yang telah dipilih oleh bahagian masing-masing.
“Kami amat yakin bahawa Datuk Seri Anwar dan kepimpinan PAS dan DAP akan menghormati komitmen mereka terhadap perkara-perkara yang melibatkan Sabah akan ditentukan oleh rakyat Sabah.
“Ini merupakan satu ujian sama ada kepimpinan parti itu adalah ikhlas dalam janji mereka untuk memberi autonomi kepada kita. Kami amat yakin bahawa parti itu akan lulus ujian ini, “katanya.
Ansari (tiga dari kiri) dan Eng Leong (empat dari kiri) dari kumpulan geng 7
Dalam masa sama Ansari menyindir Wilfred dengan mengatakan bahawa pada majlis pelancaran APS, bekas aktivis BN itu berjanji penubuhan APS bukan untuk menyediakan calon-calon pilihanraya, tetapi untuk membantu pakatan, dan kedua, APS tidak akan mengambil ahli-ahli PKR sebagai ahli sebaliknya akan mengambil orang-orang atas pagar dan yang mahu meninggalkan BN.
“Wilfred adalah kawan saya, beliau adalah seorang lelaki yang mulia dan saya pasti beliau akan berpegang dengan kata-katanya sendiri,”katanya. -AIDC
No comments:
Post a Comment