Friday, April 5, 2013

#PRU13 #TolakPR Kelantan, Penang, Kedah, Bubar DUN Negeri Jajahan PR!



Kedah, Pulau Pinang dan Kelanta membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Istana Anak Bukit di sini, jam 10.15 pagi tadi.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri mengumumkan pembubaran itu pada sidang media yang diadakan pada kira-kira jam 10.35 pagi selepas mendapat perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Manakala Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta-merta.

Pembubaran itu dibuat setelah mendapat perkenan Yang Dipetua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Terdahulu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam Khamis mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkuat kuasa Khamis.

Beliau membuat pengumuman itu di kediaman rasminya di sini pada pukul 11.55 malam.

Ia dilakukan setelah Nik Abdul Aziz menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mendapatkan perkenan baginda di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Pembubaran itu dibuat mengikut Fasal 2 Perkara 46 Perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Watikah pembubaran DUN kemudiannya akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan lanjut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.umum.

Pembubaran DUN ketiga-tiga negeri tersebut membuka ruang untuk BN merampas kembali negeri jajahan Pakatan Haram pada PRU13 ini!

No comments: