Thursday, April 18, 2013
#PRU13: Cedera Dibuku Lali
Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada pembaca laman blog ini kerana kurang update berita terkini mengenai pilihanraya... Ini kerana saya mengalami kecederaan di bahagian kaki (buku lali) yang menyebabkan pergerakan saya agak terhad.
Kejadian berlaku petang semalam ketika saya sedang bertugas membuat liputan program Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB Khairy Jamaludin di Kundur, Rembau.
Sewaktu saya mahu mengambil gambar pemimpin Umno tersebut, saya terjatuh dari divider dan kaki terpelecuk dimana pada waktu itu saya dapati legimen kaki saya terkoyak mengakibatkan kaki membengkak dengan serta merta.
Mujurlah pada waktu itu ada ramai rakan-rakan yang membantu saya. Saya amat terhutang budi kepada sahabat-sahabat yang bersusah payah membawa saya ke klinik dan sanggup menunggu saya di hospital.
Kini saya masih dalam rawatan dan insyallah akan kembali bertugas secepat mungkin.
Kepada sahabat-sahabat yang bertugas diluar sana, pesanan saya berhati-hati lah ketika menjalankan tugas...
Salam perjuangan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
berhati hatilah para pejuang negara. kita sayang anda semua
Semoga cepat semboh. Kami memerlukan jasa tuan utk update. I love BN. Saya syg Malaysia dan agama islam.
Post a Comment