Monday, October 18, 2021

Khairy bidas Anwar! Maaf, panggillah saya dajal atau apa sekali pun

 


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak kisah diberi gelaran walaupun dajal, beliau akan tetap bertegas melibatkan golongan yang enggan divaksin Covid-19.


Menurut Khairy, kerajaan telah sehabis usaha memberi penerangan berhubung kebaikan dan keberkesanan vaksin Covid-19 sejak awal lagi.


Kata Khairy lagi, pihaknya telah mengemukakan segala bukti dan saintifik berhubung pelalian tersebut dan usaha itu tidak pernah terhenti.


“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi. Kita terus memberi penerangan. 


“I’m sorry, i have to be firm on this issue. Call me dajjal or whatever. (Saya minta maaf, saya kena tegas dalam isu ini. Panggilah saya dajal atau sebagainya),” kata Khairy menerusi ciapan Twitter beliau hari ini.


Khairy merujuk kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kenyataan beliau yang akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaannya sebagai satu langkah sombong.


Menurut Anwar, menjadi usaha kerajaan memastikan semua rakyat di negara ini menerima vaksin adalah dengan menggunakan kaedah merayu dan mendidik golongan ini mengenai kelebihan vaksin bagi menentang Covid-19.


Ciapan Khairy di Twitter tersebut mendapat pelbagai reaksi dari wargamaya..


“Kes mcm ni memg makanan org sana. Dorg akan mainkan isu ni mcm la xkenal. Nnt bebakul2 dia ni bgi sokgan kt antivaks. YB jgn mengalah, teruskan usaha… dakwa jak y sebarkan cerita xbetul psl vaksin ni,“ kata seorang pengguna Twitter.


“Buat undang2 ...Sapa yg anti vaccine if kena covid cost perubatan atas tanggungan sendiri. Kerajaan tak tanggung sbb dia org yg cari penyakit…” komen warga maya.


“I am with you KJ. A leader should do what is right for the majority of the people. It is not a job for a leader to be liked,” antara komen pengikutnya..


“Penerangan sangat cukup. Kalau tak ckup xda la dah sampai 90%. Benda mcm ni jngn dilayan. Jalan terus YB,” kata warga maya.


Terdahulu, Khairy menegaskan Kementerian Kesihatan komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin malah akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin

No comments: