Jika sebelum ini netizen di gemparkan oleh, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencuri tumpuan wargamaya selepas bercuti dengan menaiki helikopter.
Namun kali ini, percutian pereka fesyen ternama, Datuk Rizalman Ibrahim bersama dua anak lelaki ke Langkawi baru-baru ini cukup menarik perhatian netizen apabila tular di media sosial berhubung percutian beliau dengan menaiki jet peribadi.
Ruang media sosial menjadi hangat apabila netizen berkongsi foto dan video Rizalman menaiki jet peribadi ke pulau peranginan itu, ada yang mendakwa jet peribadi itu adalah milik Rizalman sendiri.
Tinjauan diruang komena, rata-rata netizen menyifatkan Rizalman mempunyai keperibadian diri yang tidak sombong dan baik hati. Bahkan, wargamaya juga mendoakan kesejahteraan buat ahli perniagaan itu di dunia dan akhirat.
Ada diantaranya mereka bangga dengan kejayaan anak Melayu dan Islam seperti Rizalman yang berjaya menepis kata-kata kurang manis berkaitan orang Melayu iaitu tak rajin berusaha.
"Suka tengok Datuk Rizalman ni, jenis tak sombong. Semoga Allah sentiasa lindungi beliau sekeluarga di dunia dan di akhirat," tulis seorang warganet.
Menurut seorang lagi warganet, orangnya (Rizalman) baik, suka bersedekah. Banyak amalan baiknya tidak ditunjukkan seperti membantu sekolah tahfiz, anak yatim dan golongan memerlukan.
"Meraikan hari jadi di Langkawi bersama keluarga. Tahniah, semoga terus berjaya dan sihat sejahtera. Sesungguhnya, Allah sentiasa memberkati orang yang baik," tulis netizen.
Ketika percutian itu, Rizalman juga difahamkan menginap di sebuah villa mewah serta beliau juga berkongsi beberapa aktiviti riadah dilakukannya seperti berbasikal bersama seorang anaknya.
No comments:
Post a Comment