Tuesday, October 19, 2021

Seram - Terjah ‘Hantu Wanita’ Bawa Batu Nisan di Jalan Genting!


Baru-baru ini tular di media sosial didakwa penampakan ‘hantu wanita’ membawa batu nisan dipercayai di Jalan Genting sehingga menganggu orang ramai akhirnya terbongkar.


Menerusi perkongsian video oleh Fareez Effizal di laman aplikasi TikTok, sekumpulan lelaki telah mendapat laporan dan membongkar identiti ‘hantu’ yang menganggu pengguna jalan raya di kawasan tersebut.


Berdasarkan video berdurasi tiga minit empat saat di TikTok itu, sekumpulan lelaki itu sedang mengejar ‘hantu’ itu sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran sehingga individu itu berhenti.


Ketika kejadian, ‘entiti’ itu merupakan seorang pemuda yang memegang batu nisan dan didakwa menuntut ilmu persilatan yang salah menyebabkan dia jatuh mengelupur apabila mendengar ayat suci Al-Quran.


Susulan perkongsian video itu, rata-rata orang ramai berasa seram apabila melihat kejadian yang berlaku itu dan mereka mendakwa terdengar suara perempuan seperti memanggil.


“Cuba pakai ‘earphone’ lepas itu fokus akan ada suara wanita seperti memanggil, selamat video ini lalu di TikTok saya dalam pukul tujuh pagi,” kata CekNazr.


“Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia ada dekat situ, jadi tak pelik bila dia jalan laju sangat sebab itu bukan dia,” jelas Pitzaofficial.


“Lepas dia sedar dia panggil ibu dia dan tanya dekat mana, semoga dipermudahkan segala urusan adik ini, kenapa sampai jadi macam ini,” ujar Norliana Ali.

No comments: