Thursday, July 8, 2010

Video - Anwar Ibrahim On CNN Connect The World


Anwar Ibrahim terus bertindak memburuk-burukkan Malaysia di luar negara dalam usaha menjejaskan imej negara di mata dunia.

Terbaru, ketika beliau diwawancara dalam rancangan Connector of the Day terbitan CNN, minggu lalu.





Selain menuduh kerajaan dengan pelbagai dakwaan, Anwar dalam rancangan selama enam minit itu turut mempertikaikan kewibawaan sistem kehakiman negara apabila ditanya mengenai tuduhan liwat yang dihadapinya ketika ini.

Pelbagai taktik dan helah digunakannya untuk menjelajah dari benua ke benua semata- mata bertujuan memburukkan negara sendiri tanpa rasa maruah bangsa tergadai.

Rakyat pasti berasa sedih melihat tindak- tanduk Ketua Pembangkang ini! Demi kepentingan dirinya sendiri, Anwar bertindak merosakkan nama Malaysia kerana mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada kerana mahu dirinya diangkat sebagai Perdana Menteri.

Pengkhianatan Anwar kepada agama, bangsa dan negara hanya dapat ditentukan oleh rakyat dengan tidak menyokong perjuangannya itu. Fikir fikirkanlah.....

Wednesday, July 7, 2010

Anwar Ejen Yahudi! Mahkamah dengar saman Anwar 8 Dis

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan dua hari mulai 8 Disember ini untuk mendengar saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu hari ini selepas bertemu peguam Anwar, S. Prakash, dan Badrul Munir Bukhari, yang mewakili Khairy dalam kamarnya ketika kes itu disebut untuk pengurusan.

Anwar, mengemukakan saman tersebut pada 7 September 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, telah memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak pada Ogos 2007, dan kenyataan berunsur fitnah itu telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik negara ini pada 3 Ogos 2007.

Anwar mendakwa Khairy juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar adalah seorang ejen Amerika Syarikat dan Yahudi yang bertujuan menghancurkan karier politiknya.


Anwar boleh menafikan dia bukan Agen Yahudi, tapi Anwar tidak boleh menafikan hubungan beliau dengan sahabat yahudinya! Siapa tak kenal Anwar dan semua orang tahu kenapa Anwar sering bertemu dengan Jack Abramof, malah Madeline Abright, Carl Gershman, Paul Wolfowitz, Al Gore dan pelbagai tokoh-tokoh Yahudi lagi semata-mata untuk melobi memburuk-buruk Malaysia dan membantunya agar dapat menawan Malaysia.

Terbaru Anwar Ibrahim ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi di sana baru-baru ini jelas membuktikan bahawa hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan kumpulan tersebut memang intim!


The Washington Post melaporkan yang Anwar menghabiskan banyak masa menjelaskan kepada rakan-rakan lamanya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Luar Negara, Howard Berman dan beberapa orang pemimpin Yahudi.

Anwar juga menekankan yang dia menyesal kerana menggunakan kata-kata seperti "pencerobohan Zionis". Dia juga dilaporkan berkata, "Kenapalah saya perlu menggunakan perkataan tersebut jika ia menyebabkan salah faham?" dan "Saya perlu lebih berhati-hati."

Inilah manusia lidah bercabang, di depan rakyat Malaysia cakap lain depan Amerika cakap lain. Sanggup melutut demi kepentingan diri sendiri, Anwar langsung tiada maruah dan harga diri!

Anwar juga dikata bersekongkol dengan aktivis-aktivis pro Israel dalam Brookings Intitution. Beliau dilantik sebagai penasihat antarabangsa institut yang dibiayai oleh dana Yahudi itu.

Kalau Anwar sudah bersekongkol dan mendapat habuan yang lumayan daripada yayasan-yayasan Yahudi di Amerika Syarikat, kenapa masih ada lagi yang menaruh harapan kepada Anwar.

Tanpa pertolongan rakyat Malaysia pun Anwar sudah mendapat kesenangan dunia hasil pertolongan Amerika dan Israel. Dengan pertolongan rakyat Malaysia, akan mempercepatkan lagi hasrat Amerika dan Israel menobatkan bonekanya menjadi PM Malaysia.

Sama samalah kita fikirkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim!!

PAS tak ubah seperti Pak Kaduk!

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
"Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah....
Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.
Surah Al-Kafirun

Sebilangan pemimpin PAS tak ubah seperti Pak Kaduk yang menang bersorak dan bakal kehilangan kampungnya. Pemimpin PAS kini telah tercemar kredibilitinya, tiada lagi darjatnya, diibaratkan seperti luncai dengan labu-labunya...

Seharusnya mereka, Puak PAS yang kendalikan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran ini, bukan Puak Kafir Harbi DAP! Sekiranya YB Jenice Lee benar benar iklas dia wajib memeluk agama Islam dan tunduk kepada pemerintah Islam. Tapi bila menunjuk-nunjuk tu dah jadi macam setan.

PAS perlu memperbetulkan haluannya kini. Apa yang kita lihat kini pemimpin PAS sendiri yang membawa malang kepada parti mereka. Mungkin sebahagian dari pemimpin mereka perlu direhatkan supaya mereka dapat bermuhasabah diri sendiri sehinggalah mereka sedar dimana kesilapan mereka.

PAS jangan mengambil mudah dengan isu-isu ini. Sememangnya, isu-isu yang melanda pas kini memberikan impak yang besar dalam aspek sokongan. Satu hari nanti PAS akan menerima satu ‘lesson’ yang boleh merobek parti mereka. Fikir fikirkan lah! Semoga Allah memberi taufik.

Pemuda perlu berada di barisan hadapan! Tawan Minda Rakyat, Serang Pembangkang

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menyarankan agar Pemuda perlu berada di barisan depan untuk menjelaskan kepada rakyat isu-isu semasa dengan terperinci agar mereka mendapat maklumat dengan tepat dan betul.

Melihat serangan berbentuk fitnah yang tidak berasas daripada pihak lawan terutama di peringkat bawah perlu diberi tumpuan penting supaya rakyat tidak terkeliru dengan pelbagai fitnah berkenaan yang hebat menular sejak akhir-akhir ini.

Sebagai contoh kita dapat lihat bagaimana Felda difitnah dengan begitu dahsyat. Kenyataan yang dilontarkan kepada agensi berkenaan langsung tidak berasas.

Begitu juga dengan isu-isu lain yang berlegar di kedai-kedai kopi dan sebagainya.

Justeru adalah menjadi tugas pemuda di peringkat cawangan untuk menyatakan perkara yang hakiki kerana pembangkang hari ini dilihat mula agresif menyerang Umno/BN dalam usaha menghadapi pilihan raya umum nanti.

Pemuda Barisan Nasional (BN) harus menyerang parti-parti pembangkang terutama di negeri yang dikuasai mereka hari ini.

Dalam bola sepak pun, kalau kita nak gol, kita perlu melakukan serangan dan inilah yang perlu kita buat.

Disamping kita bertahan dengan memberi penjelasan sebaik mungkin, kita juga perlu menyerang pihak lawan.

Kalau kita asyik bertahan, sampai bila… Waktu sekarang adalah waktu terbaik menyerang pihak lawan kerana waktu pilihan raya semakin hampir dan kita tidak tahu bila akan diadakan pilihan raya umum ke-13.

Khairy juga menyeru agar ahli pergerakan itu mengutamakan kualiti dan bukannya kuantiti.

Pemimimpin silih berganti, namun apa yang penting adalah untuk mencari seseorang pemimpin yang benar-benar berbakat serta berwibawa dalam usaha meneruskan kesinambungan kecemerlangan pergerakan itu sebagai sayap parti.

Begitu juga dalam soal penambahan bilangan daftar pemilih muda. Kita bukan sahaja perlu kenalpasti ahli-ahli kita, malah golongan muda yang lain.

Cari seberapa ramai mungkin mereka yang layak untuk pastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menebus balik tsunami politik pilihan raya umum lalu.

Melihat, “trend” pengundi muda hari ini melihat kepada calon dan bukannya kepada parti.

Beliau sendiri telah membuat “survey” yang mana apabila kita tanya kepada mereka yang berumur apa parti yang mereka akan undi, mereka cakap akan pangkah dacing… Namun jika soalan yang sama ditanya kepada pengundi muda, mereka akan jawab tengok dulu… Kita tengok calon.

Sebab itulah pentingnya pemimpin muda hari ini untuk mendekati dengan lebih dekat golongan belia selain mereka perlu diberikan ruang yang sewajarnya agar golongan muda merasakan mereka diiktiraf.

Haramkan terus akhbar Suara Keadilan!

Tian Chua, begitu angkuh dan biadap, mencabar undang-undang negara, berkeras untuk menerbitkan akhbar lidah rasmi parti itu walaupun permitnya tidak diperbaharui oleh pihak berkuasa.

Akhbar itu telah menerbitkan sebuah artikel "Felda Bankrap" yang dianggap berunsur fitnah. Pada 28 Jun, KDN memberi tempoh seminggu kepada sidang redaksi akhbar untuk memberi penjelasan mengenai artikel itu.

Akhbar itu juga sebelum itu diberi surat tunjuk sebab sebanyak tiga kali iaitu pada Januari, Februari dan April tahun ini dan dilaporkan akhbar itu menjawab pada 29 Jun lalu tetapi KDN tidak berpuas hati.

Sebelum ini KDN mengeluarkan kenyataan bahawa permit penerbitan Suara Keadilan yang dikeluarkan pada Julai tahun lepas tamat pada 30 Jun tahun ini dan dengan itu tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan mengikut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Amaran dah diberi, surat tunjuk dah dikeluarkan ; Permit pun dah tamat! Kalau dah tak boleh nak patuhi arahan yang di keluarkan oleh pihak berkuasa! HARAMkan sahaja akhbar Suara Keadilan tersebut!

Kementerian Dalam Negeri juga tak payah tunggu lagi, sita terus bangunan pejabat tempat Suara Keadilan beroperasi dan kilang pencetaknya dengan serta merta. Sememangnya itu yang mereka mahukan.

Tian Chua mana pernah patuhi undang undang! bawa kereta pun langar lari!

Mengimbas kembali peristiwa Tian Chua melanggar seorang pemuda Melayu semasa dalam perjalanan ke Kota Tinggi untuk ceramah Anwar. Dalam perjalanan selepas ceramah di Kota Tinggi untuk ke Mersing, beliau telah terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya. Kereta dan pemandu Tian Chua ditahan di balai polis tapi dia telah lari terus ke Mersing bersama Anwar untuk berceramah. Tian Chua blah macam tu sahaja lepas langgar orang..

Tuesday, July 6, 2010

Tiada lagi kampung Melayu di Pulau Pinang?


by wasabi

Tatkala penghuni Pulau Mutiara lain sedang enak diulit mimpi, Mohd. Khir Mohd. Said, 44, sibuk bersiap-siap untuk turun ke laut mencari sesuap nasi. Tangkapan hasil laut itulah yang menyara hidup keluarganya seramai tujuh orang sejak lebih 30 tahun lalu.

Namun kini, dia tidak pasti apakah rutin hariannya itu mampu dilakukan lagi pada masa depan berikutan rumahnya bakal dirampas oleh pemaju yang mahu mendirikan kediaman mewah di situ. Begitulah nasib Mohd. Khir dan kira-kira 50 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam di Jelutong, Pulau Pinang. Mereka merupakan sebahagian daripada 200 penduduk asal perkampungan itu yang diusir oleh pemaju, Rabu lalu.

Operasi pengusiran penduduk yang majoritinya nelayan sepatutnya dijalankan pada hari itu yang mana sebuah jentolak dibawa untuk kerja-kerja merobohkan rumah. Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan ditangguhkan selama tiga bulan hingga 13 Oktober depan.

Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat berkos lebih RM800,000 seunit oleh pemaju terbabit dari Kuala Lumpur. Apa yang pasti penduduk kini berada dalam dilema. Sudahlah rumah mahu dirampas, tempat mencari rezeki juga tidak pasti di mana selepas ini.

Ini kerana, pampasan sebanyak RM75,000 yang mahu diberikan pemaju tidak setimpal dengan harga pasaran rumah di sekitar kawasan berkenaan. "Kami bukannya kemaruk wang ringgit, dan kami pun bukannya mahukan duit yang pemaju ingin beri, tetapi kami mahu rumah di kawasan ini sebagai ganti.

"Dengan wang RM75,000, rumah apakah yang boleh kami beli di sini? Rumah yang sedia ada semuanya berharga RM100,000 ke atas, kami tidak mampu. "Dan kalau kami berpindah ke tempat lain, dapatkah kami menjadi nelayan semula?," katanya yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jalan Pokok Asam.

Hendak mengadu kepada siapa lagi, dia tidak tahu. Pernah dia ajukan keluh kesah penduduk kampung kepada wakil rakyat di situ, namun Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi seolah-olah tidak 'berminat' untuk membantu. "Dulu masa pilihan raya, macam-macam janji manis ditabur kepada kami.

"Mereka kata, apa-apa masalah boleh mereka selesaikan. "Namun, hari ini apabila penduduk kampung ditimpa kesusahan, mereka lepas tangan, pemimpin apa namanya ini?" ujarnya kesal.

Sikap kerajaan negeri pun sama juga. Bukan tidak pernah dia dan penduduk kampung cuba membuat temu janji dengan pemimpin terbabit bagi mengadu mengenai masalah itu, namun nasib yang menimpa mereka seolah-olah tidak dipedulikan.

"Kami pernah buat temu janji dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, tetapi bila tiba tarikh yang telah ditetapkan, mereka bagi alasan sibuk bermesyuarat," jelasnya.

Dalam keadaan sekarang, kepada siapa lagi boleh diharapkan simpati serta bantuan, dia sendiri tidak pasti. Sepatutnya kerajaan negeri boleh campur tangan, seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk kampung tersebut.

Menurut Mohd. Khir, sebagai kerajaan yang memerintah Pulau Pinang, pada bila-bila masa mereka boleh memberhentikan projek tersebut. Justeru, katanya, selagi mahkamah belum memutuskan siapa yang berhak ke atas kampung itu, dia dan penduduk kampung bertekad untuk mempertahankan hak mereka dalam apa keadaan sekali pun.

Sudah terang lagi bersuluh, jika demikian sikap kerajaan negeri dan wakil rakyat, tidak hairan sekiranya pada suatu hari nanti, perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar George Town lenyap begitu sahaja.

Penang Wasabi..

Monday, July 5, 2010

Akhirnya terjawab! Polis dapat kerjasama Interpol tangkap RPK

(pic: gambar hiasan)

Akhirnya pihak polis menjelaskan tindakan yang akan diambil selepas ditanya oleh Ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini. Khairy sebelum ini bertanya mengapa polis gagal tangkap Raja Petra? Apakah polis telah melakukan yang terbaik untuk menangkap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, yang bebas bergerak secara terbuka di kota London.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin. berkata Polis akan bekerjasama dengan Interpol bagi menahan Raja Petra Kamaruddin mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan.

"Polis ada waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, jadi kita ada kuasa untuk menahannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja,".

Katanya, polis telah mengenal pasti lokasi Raja Petra bersembunyi di negara itu, namun beliau enggan mengulas mengenainya.

Polis juga akan merakamkan kenyataan individu termasuk Datuk Zaid Ibrahim, ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, yang mempunyai kaitan dengan Raja Petra, dalam tempoh terdekat, kata beliau.

Bakri bagaimanapun berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung pihak yang membiayai penulis blog itu hidup di London.

"Kita akan siasat berdasarkan rakaman setiap percakapan individu yang mempunyai maklumat mengenai Raja Petra dalam tempoh terdekat, termasuk mereka yang dari PKR itu sendiri," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai PKR.


Ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini bertanya apakah polis telah melakukan yang terbaik untuk menangkap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, yang bebas bergerak secara terbuka di kota London.

Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya.

Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu.

Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya.

Anwar Ibrahim di belakang RPK & Zaid !


Boleh kenal, siapakah 'lima orang' yang menjadikan base di London untuk serang Malaysia ? Anwar juga pernah jadi kota London sebagai pengkalan pada tahun 2005 dulu. Sekarang strategi sama juga digunakan..

Oleh x-pkr

1. Dua figura PKR yang hangat dikaitkan dengan AnWAR sekarang adalah Zaid Ibrahim dan Raja 'spin' RPK. Zaid tidak menafikan pertemuannya dengan RPK ketika kunjungannya ke London tempohari. Beliau gunakan aspek perundangan bagi menghalalkan pertemuan tersebut. Sama seperti AnWAR, Zaid cuba menepis kaitannya dengan kerja-kerja khianat RPK.

2. Yang menariknya, sejurus selepas perkara ini 'meletup', RPK mengeluarkan gambarnya dengan Zaid (spt. di atas) di laman blog beliau. Tulisan RPK juga menyatakan tiada salahnya pertemuan itu. Namun selang beberapa ketika, gambar beliau dengan Zaid telah ditarik balik dari siaran di blog. Ada yang katakan ianya disiar selama 5-6 jam sahaja.

3. YAng menjadi tandatanya, mengapa ianya ditarik balik dari siaran RPK setelah beliau dengan 'angkuh' mempamerkannya. Sumber dalaman menyatakan RPK menyiarkan gambar tersebut sebagai 'ugutan' kepada pimpinan PKR agar kemahuannya dipenuhi. Mengenali RPK, dakwaan ini ada benarnya kerana RPK ini sudah biasa 'makan besar'.

4. RPK ini akan patuh selagi beliau mendapat imbuhan yang secukupnya. Kehidupan mewah beliau di London di saat anak beliau merempat di tanahair setelah dijamin membuktikan segalanya. Manakan seorang yang muflis dapat hidup begitu mewah dan sering bersiar-siar di Eropah bagi 'mendapat ilham' menulis memburukkan negara sendiri!

5. RPK pernah menunjukkan keangkuhan mencabar pihak berkuasa menangkapnya dan menyiarkan gambar beliau di hadapan bangunan Scotland Yard. Kali ini beliau dengan angkuh pula mempamerkan gambarnya bersama Zaid Ibrahim di Hotel penginapan Zaid semasa kunjungan ke London. Khabarnya AnWAR kelam kabut pada hari gambar tersebut disiarkan.

6. W/pun tiada apa-apa bukti yang boleh dikaitkan dengan gambar ini, RPK telah melanggar prinsip AnWAR iaitu bukti jangan datang dari pihak yang dituduh! Jangan sesekali mengaku apa yang dituduh kerana dengan mengaku, anda telah kehilangan sebahagian dari penyokong. Jika tidak mengaku, anda masih punya penyokong untuk diharapkan.....

7. Tindakan RPK mempamerkan gambar tersebut jelas menunjukkan pertemuan Zaid-RPK memang berlaku. Ini yang tidak dimahukan AnWAR. Jika tiada gambar, AnWAR masih boleh katakan ianya super-impose, atau jika ianya dari pihak lain, AnWAR boleh katakan ianya adalah perancangan jahat UMNO mahu mengaitkannya dengan RPK!

8. Sekarang gambar ini datangnya dari RPK sendiri. AnWAR tergamam! RPK pula masakan bodoh sengaja mahu mempamerkan gambar tersebut buat tatapan umum. Jika RPK pernah secara 'halus' mengugut kerajaan agar patuh kepada kemahuannya, kini beliau 'mengugut' AnWAR dengan mempamerkan gambar Zaid-RPK. AnWAR terpaksa akur!

9. Ini kerana AnWAR tidak punya pilihan. Beliau tahu RPK boleh menukar kesetiannya pada bila-bila masa. Maka itu AnWAR perlu memenuhi kemahuan RPK untuk menutup mulutnya. Mungkin setelah kemahuannya dipenuhi, maka RPK menarik balik gambar tersebut dari blognya, namun ada sahabat memberikan gambar tersebut buat tatapan semua.......

x-pkr

KJ taunts police over Raja Petra


Tunggu apa lagi? Usah jadi primadona dalam UMNO

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menegur anggota dan pemimpin-pemimpin UMNO supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu.
Najib .

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin pula menegaskan, tak perlu takut untuk serang Anwar...!!!

Beliau sekali lagi menyerang Si Dajjal Anwar apabila mengatakan bahawa Ketua Pembangkang adalah punca kepada perpecahan bangsa melayu dalam negara ini.

Harus diucapkan syabas kepada barisan pemimpin Umno yang berani serta lantang mengutuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung rasa kesal beliau menggunakan istilah 'pencerobohan Zionis'. Kerana inilah yang dimahukan oleh PM dan TPM! yang lain "Usah jadi primadona dalam UMNO".

Tunggu apa lagi? Umno/BN perlu lebih ramai lagi pemimpin pemimpin yang berani serta lantang mengkritik kepimpinan serta hala tuju pembangkang. Sudah tiba masanya untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku biar rakyat tahu dan sedar. Bukan semua rakyat tahu hal hal dalaman yang bergolak dalam perti pembangkang kalau pemimpin kita sendiri tidak dedahkan.

Umno dan BN mempunyai tempoh tidak lebih daripada dua tahun untuk melakukan perubahan dan persedian bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Perubahan atau transformasi perlu dilakukan dengan cepat kerana kita tidak mempunyai masa yang mencukupi!!! Bangkitlah!!

Berikut adalah kenyataan pemimpin umno yang menyelar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berhubung rasa kesal beliau menggunakan istilah 'pencerobohan Zionis'.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mahu Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh memberi penjelasan kerana kenyataan itu seolah-olah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memohon maaf.

"Anwar mengatakan beliau kesal menggunakan terma (pencerobohan Zionis) kepada rakannya di Amerika dan ini jelas menunjukkan beliau meminta maaf dari mereka.

"Jadi beliau patut jelaskan kepada rakyat Malaysia kenapa dia pergi ke sana dan meminta maaf kepada rakan-rakanya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, pada Khamis.

Khairy berkata tindakan Anwar itu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang suka 'bermuka-muka' kerana sebelum ini pernah terbabit dalam demonstrasi besar-besaran di depan kedutaan Amerika Syarikat di sini, mengecam Israel menggunakan istilah tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sememangnya perkara itu telah diketahui sejak awal setelah 'rakan-rakan' Yahudi Anwar di Amerika Syarikat yang dulu menyokongnya mula mempersoalkan tindakannya.

Katanya, apabila mendapat laporan bahawa rakan-rakannya mulai marah, Anwar terpaksa pergi ke sana untuk memperbetulkan keadaan.

"Kita dah tahu cerita tu sebab geng-geng Yahudi dia kat Amerika Syarikat yang sokong dia dulu dah mula marah. Bila dapat laporan tu, Anwar pergi untuk perbetulkan keadaan.

"Jadi kita boleh lihat dia punya perangai. Di sini dia kecam, di sana dia pujuk. Itu dah memang stail dia. Jadi saya harap rakyat tahu semua itu," katanya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden UMNO berkata Anwar memang terkenal dengan sifat lidah bercabang.

"Bila berjumpa orang India, dia adalah seorang pejuang masyarakat India, berjumpa orang Cina, beliau adalah hero masyarakat Cina dan bila berjumpa orang Islam, beliau adalah pejuang Islam."

Apabila beliau berucap di Parlimen mempertikaikan pelantikan APCO Worldwide, beliau seolah-olah menjadi juara rakyat Malaysia keseluruhannya dengan mengutuk APCO sebagai penceroboh zionis," kata Ahmad Zahid ketika ditemui media selepas melepaskan Ekspedisi IMalaysia ke London.

Ahmad Zahid berkata Anwar mungkin mulai sedar beliau telah diketepikan masyarakat Yahudi yang tidak semuanya Zionis.

"Beliau menyedari rakan beliau di Amerika Syarikat telah bersikap dingin terhadap beliau kerana sikap beliau yang berlidah biawak itu dan kini langkah beliau adalah membersihkan dirinya," katanya.

Ahmad Zahid berkata ketika berkunjung ke Amerika Syarikat awal Mei lalu, beliau berkesempatan bertemu dengan ahli-ahli senat dan kongres dan "tidak seorang pun bercakap mengenai Anwar lagi.

"Bagi saya antara negara dengan kepentingan parti, beliau harus utamakan negara. Walaupun kita berbeza pendapat dari segi politik tetapi demi negara kita harus mempertahankan negara bukan dengan memburukkan negara," tambahnya.

Khairy pressures police to act on RPK

KJ hari ini mengecam Ketua Polis kerana tidak bertindak terhadap blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK). Beliau mempersoalkan prestasi polis lambat untuk mengesan RPK ketika maklumat lokasi dimana RPK berada sangat jelas luas.

RPK kini berada di United Kingdom dengan selambanya memberikan pidato di acara-acara yang diadakan oleh Pakatan Rakyat, dan yang terakhir adalah kemarin.

Kemarin, RPK tidak bersembunyi, RPK menghadiri acara Pakatan di London!!! Amat mengejutkan tiada tindakan dari Polis! Jika mereka tidak boleh menangkapnya di sana, hubungan (antara polis Malaysia) dan Scotland ada di sana. Polis Inggeris dapat menangkap RPK dan membawanya kembali ke Malaysia.

Perlu ada penjelasan kerana RPK selalu dikhalayak ramai. Seolah olah tiada tindakan.


Umno Youth chief Khairy Jamaluddin today blasted the police for alleged inaction against fugitive blogger Raja Petra Kamaruddin (RPK). The Rembau MP was questioning the sluggish performance of the police to track down RPK when information of his whereabouts is conspicuously pervasive.

"Where is the action from the police? The prime minister has said the police will be responsible for apprehending Raja Petra. The Inspector-General of Police has said he will get information on Raja Petra's location, but RPK is going around in public," he told a press conference at Parliament House here.

RPK fled the country amid a sedition charge over his controversial allegation about Prime Minister Najib Tun Razak and wife Rosmah Mansor, linking them to the murder of Mongolian Altantuya Shaaribuu.

He is currently in the United Kingdom giving speeches at events organised by Pakatan Rakyat, with the recent one being yesterday.

"Yesterday, RPK was not in hiding; he attended a Pakatan event in London," said Khairy.

He said he was surprised that the police had not tried to engage their British counterparts in the UK to extradite the controversial blogger.

"Even if they cannot arrest him there, the relationship (between Malaysian police) and Scotland Yard is there, through the extradition agreement. The British police can arrest RPK and bring him back to Malaysia.

"Are they (police) unaware, or choose not to know RPK's movements and location? You have to ask the right questions.

"I want to help the police here," added Khairy.

Source: National Express Malaysia

Sunday, July 4, 2010

Raja Petra dibiayai PKR bukan sebaliknya...

Sudah jelas Raja Petra ditaja pembangkang untuk memfitnah kerajaan, malahan Kerajaan mempunyai bukti mengatakan Raja Petra Kamaruddin dibiayai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bukan seperti apa yang diwar warkan oleh beberapa blogger yang cuba mengaitkan hubungan RPK dengan seorang pemimpin Umno.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, rakyat juga kini tidak perlu lagi menerima bulat-bulat apa saja dakwaan yang dibuat pengendali blog berkenaan dan beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra Kamaruddin yang kini melarikan diri ke London.

"Kalau Raja Petra ditaja pembangkang, bererti apa yang didakwa adalah berbaur politik...jadi kita mesti mengkajinya dan jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa menerusi blognya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam, bahawa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata bukti-bukti menunjukkan PKR membiayai pengendali laman web Malaysia Today tersebut kini sedang disiasat selanjutnya.

‘‘Memang betul, saya ada bukti, duit dihantar (kepada Raja Petra). Saya ada bukti tunjuk hantar RM500,000, dia (Raja Petra) terima RM470,000. RM30,000 lagi habis ke mana saya tak tahu,” katanya selepas merasmikan program Kempen Kesihatan Gaya Hidup Sihat sempena ulang tahun ke-10 Kelab Senaman Klinik Kesihatan di sini hari ini.

Ditanya apakah kerajaan akan bertindak terhadap PKR, Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata: ‘‘Kita kena tengok dulu (siasat) apa kesalahan dilakukan tetapi kita memang ada bukti menunjukkan dia hantar duit kepada Raja Petra.”

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan bersedia memberi jaminan terhadap keselamatan Raja Petra jika pengendali portal itu benar-benar takut untuk pulang ke tanah air bagi memberi keterangan.

Fakta bukan Auta! Jangan terima bulat-bulat apa yang didakwa oleh blogger yang suka mencarut dan suka menyebarkan fitnah!! Mereka menulis semata-mata untuk menimbulkan keraguan dan menulis mengikut perasaan hasad dengki (PHD) "panas berapi" terhadap individu tertentu. Ianya tidak mendatangkan apa apa keuntungan !!

Hentikan budaya hasut menghasut dalam Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata sikap segelintir pemimpin yang terlalu ghairah untuk menjadi calon pilihan raya sehingga sanggup melakukan apa saja termasuk memperlekehkan rakan di dalam parti juga boleh menyebabkan perpecahan.

Pemimpin Umno harus menghentikan budaya menghasut untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin kerana keadaan itu boleh menjejaskan parti dan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau bimbang sekiranya budaya kurang sihat terus belaku ia akan memberi laluan mudah kepada pembangkang untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya lg anggota akar umbi tidak mempunyai apa-apa kepentingan namun mudah terpedaya sekiranya dihasut oleh pemimpin yang mempunyai agenda politik sendiri dan seterusnya menimbulkan budaya berpuak-puak.

Mohamed Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kekalahan BN pada pilihan raya umum lepas berlaku akibat perbuatan orang di dalam parti sendiri dan bukan kerana kekuatan pembangkang.

Justeru katanya, rakyat tidak boleh dipersalahkan apabila tidak menyokong BN kerana ianya berpunca daripada sikap pemimpin sendiri yang tidak bertanggungjawab.

"Sepatutnya pemimpin menunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakyat untuk meraih sokongan secara sihat dan telus. Dengan mempunyai kekuatan dalam parti ia akan memberi laluan mudah kepada BN untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Nota : Nasihat kepada rakan rakan bloggers... Jangan terlebih makan kari! Nanti perut buncit, bulu banyak macam mawas!! Hati jadi hitam membusuk hingga ke usus.

MELAYU AKAN TERUS MEWARISI TABIAT HASAD DENGKI



Oleh ZAKARIA BIDIN

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa penyokongnya dalam pergerakan tersebut supaya berhenti mengulas mengenai beliau tidak dilantik menganggotai kabinet dalam rombakan terbaru dan sebaliknya meminta mereka memberi tumpuan kepada tugas masing-masing.

Katanya, "Saya berharap setiap orang menghormati visi perdana menteri berkaitan dengan perubahan kabinet dan saya tidak mahu mendengar sebarang komen dari pemimpin Pemuda Umno (mengenainya)," tambahnya.

Habis! Apa lagi yang beliau mahu kata. Memang sudah jelas Pemuda UMNO sedang menghadapi sindrom penghinaan dari kepimpinan atasan jika dihalusi dari segala sudut. Lainlah kalau timbalannya dan Datuk Mukhriz yang kalah di tangan beliau tidak dilantik timbalan menteri.

Sebelum pemilihan lalu, nama Khairy Jamaluddin dikaitkan dengan pelbagai perkara yang sengaja ditimbulkan di mana-mana. Hinggakan kalau ada kopi tumpah di kedai kopi pun ada orang akan berkata, “ini KJ punya kerja la ni.”

Ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya, ada orang kata, “......menantu Pak Lah punya pasal la ni yang kita terperangkap. “



Begitu buruklah persepsi di kedai kopi, di jalan raya hinggalah ke peringkat tertinggi pemimpin kita walaupun Khairy terus merintis jalan kemenangan menjadi Ahli Parlimen Rembau dan seterusnya menjadi Ketua Pemuda UMNO yang sekali gus menjadi Ketua Pemuda Barisan Nasional hari ini.

Argumennya bukan soal KJ tidak dapat jawatan apa-apa dalam kabinet, tetapi kelakuan pemimpin menyisih seseorang dalam senario politik aliran yang sama melalui agihan tempat duduk kepada yang layak, yang tidak layak mahupun yang dipayungterjunkan melalui lantikan senator misalnya. Kerana itulah saya melihat ia sebagai satu penghinaan.

Bagi Khairy pula, tentulah beliau berkata jangan bising-bising dan beliau menyeru penyokongnya menerima hakikat itu dan bunyi katanya ialah lebih penting pemuda memberikan sokongan kepada kepimpinan sedia ada.

Dengan maaf, KJ tiada pilihan untuk kata begitu. Saya boleh terus komen kerana saya bukan pemuda di bawah KJ. Namun perlu ingat bahawa walaupun saya orang tua, tetapi saya pernah muda. Mungkin yang muda hari ini belum pernah tua. Walaupun orang tua lain ada yang tidak pedulikan pemuda, tetapi saya amat pedulikan apa yang berlaku dalam pemuda. Lainlah kalau saya tua tanpa melalui usia muda.

Dari setiap apa yang berlaku pada KJ yang kebetulan ditakdirkan menjadi menantu kepada mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, dengan KJ sekali kalau boleh mahu dimantankan. Begitulah pandangan saya secara peribadi dari apa yang berlaku hari ini.

Kerana dek sangkak-sangkak itulah sebenarnya Pemuda UMNO tidak dilihat bermaya daripada banyak segi. Kalau pergerakan itu diibaratkan harimau, ia hanya harimau tanpa taring lagi seperti zaman Datuk Harun Idris.

Orang-orang yang pernah berada di zaman Datuk Harun jadi Ketua Pemuda, pergerakan itu cukup dihormati, cukup ditakuti oleh sayap parti-parti lain termasuk pembangkang. Kerana itulah di saat-saat akhir arwah Datuk Zakaria Md Deros sempat menyatakan zaman semangat kegemilangan Pemuda UMNO sudah lama berkubur.

Beliau menyatakan itu di hadapan saya di Riverside Cafe PWTC dan kami bersama yang lain membacakan Al-Fatihah untuk arwah Datuk Harun. Esok paginya kami mendapat berita Datuk Zakaria telah meninggal dunia.

Walaupun pada fahaman dan akuan Khairy bahawa perdana menteri mempunyai hak budi bicara untuk memilih anggota kabinetnya, tetapi tentunya perdana menteri juga bukan malaikat yang tidak mempunyai kelemahan seperti manusia biasa. Lagi tinggi pangkatnya, lagi banyaklah kelemahannya terserlah.

Perdana menteri juga insan biasa berdarah Melayu yang tidak semestinya tiada sifat-sifat dendam, , cemburu, rendah diri, ego yang tersendiri, boleh terpengaruh dengan pelbagai unsur negatif. Untuk orang politik, petuanya jangan dengar cakap orang dan jangan tidak dengar cakap orang.

Maksudnya dengan dengar cakap orang di sini ialah pastikan ia sahih, sah, ada bukti dan ikhlas dari penyampai. Kalau tidak dengar cakap orang, jangan jadi orang politik kerana apabila orang cakap, ia adalah kritik. Dari kritikan itulah tuan punya badan kena bina sendiri. Jangan minta orang kritik yang membina kerana pakar tidak pakar semua.

Ramai yang berkata, sesudah pertandingan, mana yang dah habis tu habislah. Buanglah yang keruh ambillah yang jernih dan bersatu tenaga dan jiwa raga kita semua untuk menentang musuh yang berkeliaran di keliling kita sekarang.

Tetapi sayang seribu kali sayang, yang keruh tidak dibuang, ditambah lagi elemen-elemen keruh lain untuk menjadi keadaan lebih keruh. Dengan gejala-gejala tidak puas hati, tidak berkenan, tidak selari dan tidak sehaluan itulah akan menjadikan UMNO yang mengetuai Barisan Naisonal tidak akan menemui satu jalan mudah untuk bertaut semula seperti zaman-zaman kegemilangannya.

Kalau dalam politik ada pepatah yang berkata ‘tiada musuh yang kekal, tiada kawan yang kekal’, ia sudah lama berubah menjadi ‘dalam politik perlu ada musuh dan bila berkawan, awaslah kerana kawan itu boleh makan kawan.’

Saturday, July 3, 2010

PERUTUSAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, limpah dan kurnia Nya jua dapat saya sekali lagi menyampaikan sepatah dua kata-kata aluan bagi Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian seluruh negara.

Anak-anak muda merupakan tunjang dan kekuatan di dalam rehlah pembangunan negara dan pembinaan ketamadunan bangsa sebagai dinyatakan oleh Ulama Islam terbilang, Imam Al Ghazali yang menyifatkan jatuh dan bangunnya masa depan sesebuah negara atau bangsa itu dapat dinilai melalui kualiti anak-anak mudanya pada masa kini. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi suatu tanggung jawab kita sebagai ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang bertaat setia bagi berkhidmat untuk rakyat demi agama, bangsa dan tanah air untuk mengisi tuntutan dan menyahut cabaran kepimpinan zaman dengan menunai dan melaksanakan amanah yang dipikul dengan bijaksana, iltizam dan istiqamah.

Di atas landasan ini, saya menyeru seluruh ahli untuk kita semua bersama dan bersatu hati menyokong, menghayati dan menzahirkan kelapan-lapan nilai gagasan 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri dan juga Presiden parti kita, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak, ini iaitu berpengetahuan, intergriti, rendah hati, kesetiaan, budaya kecemerlangan, ketabahan, penerimaan, dan juga meritokrasi.

Tidak dapat dinafikan bahawa konsep 1Malaysia ini telah mendapat sambutan yang positif daripada rakyat dan ini terbukti dengan meningkatnya tahap sokongan dan kepuasan hati rakyat yang diterima oleh YAB Perdana Menteri, daripada 69 peratus pada April 2010 ke 72 peratus dalam bulan Mei lalu. Namun begitu, dalam pada kita memperakui peningkatan prestasi ini, jangan sesekali kita leka dan berlengah di dalam usaha dan gerak kerja kita bagi memenuhi misi memenangi undi segmen generasi muda pada pilihanraya ke 13 kelak.

Insya Allah, dengan berkat kesungguhan dan kerja keras kita bersama disamping kesinambungan inisiatif-inisiatif penambahbaikan sistem pentadbiran, pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita akan dapat terus mempastikan bahawa negara kita akan terus aman dan makmur di bawah kepimpinan Barisan Nasional.

Akhirul kalam, saya memanjatkan tangan mendoakan agar perjalanan semua Mesyuarat Tahunan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian kali ini akan sempurna dan berjaya. Tidak lupa juga, sekalung ucapan syabas dan terima kasih kepada semua di atas segala usaha yang telah disumbangkan bagi menjayakan perjalanan dan urusan mesyuarat kita kali ini.

Salam Perjuangan dan Selamat Bersidang

Khairy Jamaluddin Abu Bakar