Monday, July 5, 2010

Tunggu apa lagi? Usah jadi primadona dalam UMNO

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menegur anggota dan pemimpin-pemimpin UMNO supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu.
Najib .

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin pula menegaskan, tak perlu takut untuk serang Anwar...!!!

Beliau sekali lagi menyerang Si Dajjal Anwar apabila mengatakan bahawa Ketua Pembangkang adalah punca kepada perpecahan bangsa melayu dalam negara ini.

Harus diucapkan syabas kepada barisan pemimpin Umno yang berani serta lantang mengutuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung rasa kesal beliau menggunakan istilah 'pencerobohan Zionis'. Kerana inilah yang dimahukan oleh PM dan TPM! yang lain "Usah jadi primadona dalam UMNO".

Tunggu apa lagi? Umno/BN perlu lebih ramai lagi pemimpin pemimpin yang berani serta lantang mengkritik kepimpinan serta hala tuju pembangkang. Sudah tiba masanya untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku biar rakyat tahu dan sedar. Bukan semua rakyat tahu hal hal dalaman yang bergolak dalam perti pembangkang kalau pemimpin kita sendiri tidak dedahkan.

Umno dan BN mempunyai tempoh tidak lebih daripada dua tahun untuk melakukan perubahan dan persedian bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang. Perubahan atau transformasi perlu dilakukan dengan cepat kerana kita tidak mempunyai masa yang mencukupi!!! Bangkitlah!!

Berikut adalah kenyataan pemimpin umno yang menyelar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berhubung rasa kesal beliau menggunakan istilah 'pencerobohan Zionis'.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mahu Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh memberi penjelasan kerana kenyataan itu seolah-olah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memohon maaf.

"Anwar mengatakan beliau kesal menggunakan terma (pencerobohan Zionis) kepada rakannya di Amerika dan ini jelas menunjukkan beliau meminta maaf dari mereka.

"Jadi beliau patut jelaskan kepada rakyat Malaysia kenapa dia pergi ke sana dan meminta maaf kepada rakan-rakanya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, pada Khamis.

Khairy berkata tindakan Anwar itu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang suka 'bermuka-muka' kerana sebelum ini pernah terbabit dalam demonstrasi besar-besaran di depan kedutaan Amerika Syarikat di sini, mengecam Israel menggunakan istilah tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sememangnya perkara itu telah diketahui sejak awal setelah 'rakan-rakan' Yahudi Anwar di Amerika Syarikat yang dulu menyokongnya mula mempersoalkan tindakannya.

Katanya, apabila mendapat laporan bahawa rakan-rakannya mulai marah, Anwar terpaksa pergi ke sana untuk memperbetulkan keadaan.

"Kita dah tahu cerita tu sebab geng-geng Yahudi dia kat Amerika Syarikat yang sokong dia dulu dah mula marah. Bila dapat laporan tu, Anwar pergi untuk perbetulkan keadaan.

"Jadi kita boleh lihat dia punya perangai. Di sini dia kecam, di sana dia pujuk. Itu dah memang stail dia. Jadi saya harap rakyat tahu semua itu," katanya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden UMNO berkata Anwar memang terkenal dengan sifat lidah bercabang.

"Bila berjumpa orang India, dia adalah seorang pejuang masyarakat India, berjumpa orang Cina, beliau adalah hero masyarakat Cina dan bila berjumpa orang Islam, beliau adalah pejuang Islam."

Apabila beliau berucap di Parlimen mempertikaikan pelantikan APCO Worldwide, beliau seolah-olah menjadi juara rakyat Malaysia keseluruhannya dengan mengutuk APCO sebagai penceroboh zionis," kata Ahmad Zahid ketika ditemui media selepas melepaskan Ekspedisi IMalaysia ke London.

Ahmad Zahid berkata Anwar mungkin mulai sedar beliau telah diketepikan masyarakat Yahudi yang tidak semuanya Zionis.

"Beliau menyedari rakan beliau di Amerika Syarikat telah bersikap dingin terhadap beliau kerana sikap beliau yang berlidah biawak itu dan kini langkah beliau adalah membersihkan dirinya," katanya.

Ahmad Zahid berkata ketika berkunjung ke Amerika Syarikat awal Mei lalu, beliau berkesempatan bertemu dengan ahli-ahli senat dan kongres dan "tidak seorang pun bercakap mengenai Anwar lagi.

"Bagi saya antara negara dengan kepentingan parti, beliau harus utamakan negara. Walaupun kita berbeza pendapat dari segi politik tetapi demi negara kita harus mempertahankan negara bukan dengan memburukkan negara," tambahnya.

No comments: