Akhirnya pihak polis menjelaskan tindakan yang akan diambil selepas ditanya oleh Ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini. Khairy sebelum ini bertanya mengapa polis gagal tangkap Raja Petra? Apakah polis telah melakukan yang terbaik untuk menangkap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, yang bebas bergerak secara terbuka di kota London.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin. berkata Polis akan bekerjasama dengan Interpol bagi menahan Raja Petra Kamaruddin mengikut prosedur undang-undang yang telah ditetapkan.
"Polis ada waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, jadi kita ada kuasa untuk menahannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja,".
Katanya, polis telah mengenal pasti lokasi Raja Petra bersembunyi di negara itu, namun beliau enggan mengulas mengenainya.
Polis juga akan merakamkan kenyataan individu termasuk Datuk Zaid Ibrahim, ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, yang mempunyai kaitan dengan Raja Petra, dalam tempoh terdekat, kata beliau.
Bakri bagaimanapun berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung pihak yang membiayai penulis blog itu hidup di London.
"Kita akan siasat berdasarkan rakaman setiap percakapan individu yang mempunyai maklumat mengenai Raja Petra dalam tempoh terdekat, termasuk mereka yang dari PKR itu sendiri," katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kerajaan mempunyai bukti bahawa Raja Petra dibiayai PKR.
Ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini bertanya apakah polis telah melakukan yang terbaik untuk menangkap penulis blog Raja Petra Kamaruddin, yang bebas bergerak secara terbuka di kota London.
Raja Petra menghadapi tuduhan menghasut dan fitnah, tetapi dilepaskan tanpa dibebaskan apabila waran tangkap gagal diserahkan kepadanya.
Beliau dituduh memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor, semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi timbalan perdana menteri serta pegawai pengiring Rosmah ketika itu, Lt Kol Norhayati Hassan dan suaminya Lt Kol Abdul Aziz Buyong, dalam satu akuan bersumpah yang dibuat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 10.25 pagi 18 Jun tahun lalu.
Ia juga ada kaitan dengan tulisannya 'Let's send the Altantuya murderers to hell' yang dimuatkan di blognya.

No comments:
Post a Comment