Thursday, September 22, 2011

Polis Akan Buka Kertas Siasatan Berhubung Video Seks Versi Baru Anwar



Pihak polis akan membuka kertas siasatan baru berhubung klip video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana telah dimuatnaik pada Selasa di beberapa laman blog termasukpapagomo.com.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagaimanapun berkata, ia hanya akan dibuat sekiranya terdapat laporan polis mengenai perkara itu.

"Kita perlu meneliti rakaman itu sebelum membuat siasatan baru.

"Prosedur siasatan yang sama akan dilakukan seperti kes (video seks dikaitkan dengan Anwar) sebelum ini bagi proses pendakwaan," katanya pada sidang media.

Beberapa laman blog termasuk papagomo.com pada Selasa menyiarkan klip video berdurasi 16 minit 16 saat yang memaparkan adegan seks seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar bersama wanita Cina.

Klip video tersebut dengan jelas menunjukkan aksi seks kedua-dua individu terbabit tanpa sebarang tapisan.

1 comment:

tulvovuldo said...

Hai..mankin terserlah segala keburukan yang di lakukan olih Anwar Ibrahim..Sholat hajat yang dilakukan olih pembangkang membogelkan segala kemaksiatan yg di lakukan olih ketua pembangkan..ALLAH sememangnya hebat.