POLITIK HARIAN: Najwan Coffee Boy Anwar Bukan Saksi Kredibel

Tuesday, October 4, 2011

Najwan Coffee Boy Anwar Bukan Saksi Kredibel


Mohd Najwan Halimi yang dikatakan saksi misteri kes liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah saksi kredibel sepertimana yang cuba dibayangkan oleh pasukan peguam bela Anwar sebelum ini.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, dalam prosiding hari ini, Najwan mengaku beliau pernah berkhidmat dengan ADUN PKR, Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan dengan Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum ini.

Najwan pernah berkhidmat dalam jabatan kerajaan di Kementerian Pengangkutan (MOT), namun dikenakan tindakan disiplin dan dipecat dari jabatan itu kerana melanggar tatasusila sebagai penjawat awam.

Difahamkan Najwan juga adalah anak kepada seorang ‘individu penting’ yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan .

Apabila ditamatkan perkhidmatan di MOT, Najwan ditawarkan perkhidmatan secara kontrak di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor khusus untuk membantu Anwar.

Sumber - AIDC


Liwat II: Anwar Bawa Coffee Boy Sebagai Saksi Misterinya!

1 comment:

anti bohmau said...

pembantu bermasalah macam ni nak dijadikan saksi?

hancai bocaila...

so...r sic k