Wednesday, December 7, 2011

Cerita Banyak Tak De... Zahid Bawa Guan Eng Menyelam Bersama KD Tun Razak


Cakap banyak tak de bro... Jom bawa puak yang selalu cakap banyak... bagi dia orang rasa dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana kapal selam KD Tun Razak menyelam dan menenggelamkan kebongkakan Pakatan haram jadah ni..

Kerajaan Barisan Nasional bukan lidah bercabang macam Guan Eng la... 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak Jumaat ini bagi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak betul.

Ahmad Zahid berkata beliau dan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP akan menaiki kapal selam itu di pusat pameran maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '11) di Awana Porto Malai pada pukul 3 petang.

Beliau berkata ini merupakan pendekatan Kementerian Pertahanan untuk memperlihatkan aset itu yang dikatakan tidak boleh menyelam.

"Guan Eng ada telefon saya semalam untuk datang ke sini. Walaupun kapal selam itu untuk LIMA kali ini hanya membuat pertunjukan statik tetapi saya akan minta kapal selam itu menyelam untuk membawa Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini Rabu.

Ahmad Zahid berkata beliau turut menghantar surat jemputan kepada semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Negara termasuk daripada parti pembangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara.

"(Selain Lim) Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, hanya Nurul Izzah Anwar (Anggota Parlimen Lembah Pantai) yang memberi respons tak boleh datang. Yang lain cakap je banyak tetapi tak berani menyelam (dengan kapal selam)," katanya.

Mengenai LIMA '11, Ahmad Zahid berkata sehingga kini, tujuh kontrak telah dimeterai dan beliau menjangkakan keseluruhannya 15 kontrak akan dimeterai selepas berakhirnya LIMA '11 Sabtu ini. -Bernama

P/S: Izzah tak nak join sekali ke?

2 comments:

Anonymous said...

Tapi sebelum bawa tu kena cabar dia dulu. Cabarannya ialah LGE kena berenang keluar dari kapal selam tu. Kalau ia tak boleh menyelam, maknanya LGE akan hidup. Tapi kalau time dia berenang keluar, kapal tu 100 bawah laut, paham-paham aje la.

Anonymous said...

bagus gak izzah x nak join..kang dh bleh menyelam, die wat citer lain plak..kene raba la rogol la..bukan bleh caye pengkhianat negara tu..