Wednesday, December 21, 2011

9 Mahasiswa Biadap! Adam Adli Bakal Di Kenakan Tindakan Tegas !

Pesan orang tua-tua... lain kali jangan buat kerja BODO!

Jika di dapati bersalah... Tindakan tegas yang akan di kenakan terhadap Adam ialah dibuang daripada UPSI... So.. lepas ni Adam boleh terima jawatan sepenuh masa  sebagai Coffee Boy Anwar Ibrahim!

Jawatankuasa khas kumpul bukti tindakan turun bendera papar gambar PM

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat seorang pelajarnya yang didakwa bersikap biadap menurunkan bendera memaparkan gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam kejadian di Dataran Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Sabtu lalu.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof Madya Dr Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, sedang mengumpul bukti termasuk gambar yang disiarkan beberapa laman blog berhubung pembabitan pelajar terbabit sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Katanya, selepas penyiaran berita dan gambar berhubung pembabitan pelajar UPSI terbabit, pihak universiti beberapa kali cuba mencari dan menghubungi pelajar berkenaan untuk mendapatkan penjelasan tetapi tidak berhasil kerana telefon bimbitnya ditutup selain tiada di sekitar kampus.

“Pihak universiti sendiri tidak merestui perbuatan pelajar terbabit apatah lagi bakal menjadi pendidik. UPSI memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya kerana jika benar dia bertindak demikian, ia jelas menjatuhkan imej UPSI pada mata masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum bantahan dari UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil penduduk meminta UPSI mengambil tindakan tegas terhadap pelajar itu di depan universiti terbabit, semalam.

Pelajar semester lima Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) berusia 23 tahun yang juga peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), didakwa menurunkan bendera tertera gambar Najib serta menggantikannya dengan bendera perhimpunan berkenaan Sabtu lalu.

Kejadian dikatakan berlaku apabila kumpulan mahasiswa membabitkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi menuntut pemansuhan AUKU.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, yang mengetuai penyerahan memorandum berkenaan berkata, kejadian itu jelas menunjukkan sikap biadap pelajar terbabit sekali gus menjejaskan nama baik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khususnya UPSI.

9 comments:

Anonymous said...

memang patut budak kurang hajar ni di buang U.. memalukan saja

Anonymous said...

bila dibuang nanti,kata ada campurtangan politik,kerajaan zalim..Bila dilepaskan dengan niat supaya dia sedar,nanti kata ADam adli hero dan dipihak benar.Guru itu mulia adabnya dan berhemah dalam penyelesaian sebarang perbezaan dengan kesopanan Melayu dijadikan Tuan.Sama-sama kita tunggu keputusan kes ini.

BUANG BIN ALI said...

Buang...buang..ramai lagi yg betul betul nak jadi cik gu.

BUANG BUANG BUANG.

human sains uia said...

kenapa tutup hp?....kenapa tiada di kampus? TAKUT KE?
Bukan ke awak tu pemimpin yg Berani?
Pemimpin yg hebat?
Awak lari ke mana?...lari ke kedutaan Turki ke?

Aku belajar saikoloji....aku tahu kau sedang takut yg amat sangat.
Kau tak boleh tidur malam...kau risaukan masa depan kau.
Kau pening kepala...tak lama lagi kau akan demam.
Lain kali fikir dulu sebelum bertindak

Anonymous said...

kerajaan zalim! AUKU: Najib takut siswa bangkit

Anonymous said...

mudah je...tindakan ini tindakan yang biadap dan melanggar peraturan dan perlu diambil tindakan...

Anonymous said...

Kelakar la si Adam ni, apa dia dapat dengan buat mcm tu? Hero ke? Datang rumah orang lepas nak buat mcm rumah sendiri? Pada yang menyokong si ADAM ni sah2 bodoh. Ko datang rumah orang ko masuk rumah orang lepas tu ko tukar langsir rumah orang tu. Tak ke biadap namanya tu? PWTC tu ibu pejabat UMNO, so dia bertuan. Jangan lah marah kalau orang nak lempang ko lepas ni. Ada berjuta AHLI UMNO so kalau dia lempang ko jangan ko marah lak. Sebab ko masuk rumah dorang tiada adap. Cuba orang masuk rumah ko pergi cabut pintu rumah ko? ko marah tak? Betul la PELAJAR MELAYU JE YANG MENYIBUK NAK BERPOLITIK KORANG TENGOK BANGSA LAIN ADA SIBUK NAK BERPOLITIK KE?

Anonymous said...

kalau aku terserempak dgn budak ni memang dpt hadiah dgn aku....

sorry lah kalau ada muka yang serupa dgn dia...

Anonymous said...

budak ni akan mati meroyannn...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates