Sunday, December 25, 2011

0 Mustafa Ali Tutup Mulut Tuduhan Mahu Jumpa Umno


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali enggan mengulas tuduhan Datuk Dr Hasan Ali yang beliau mahu berjumpa pemimpin Umno.

Orang kuat PAS itu memberi alasan bekas pesuruhjaya PAS Selangor sudah tidak lagi menyerang PAS.
“Dia (Dr Hasan) sudah berhenti lawan PAS, saya pun berhenti cakap.

“No komen, biar dia kata apa pun. Kalau dia nak bercakap, biarlah dia bercakap,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mustafa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Dr Hasan bahawa setiausaha agung PAS itu mahu berjumpa pemimpin Umno.

Dalam sidang media baru-baru ini, Mustafa mendakwa exco agama kerajaan negeri Selangor mengatur rancangan mahu berjumpa pemimpin Umno.

Selain Dr Hasan, kata Mustafa, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa juga mahu berjumpa dengan pemimpin Umno.

Bagaimanapun, dalam sidang media di rumah Dr Hasan di Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pagi tadi, Adun Gombak Setia itu menafikannya.

Dalam pada itu, Mustafa berkata hubungan beliau dengan Dr Hasan biasa sahaja.

“Hubungan personel (peribadi) biasa sahaja. Tiada hubungan dalam telefon, cuma hubungan dalam media,” katanya sambil ketawa.

Apa kes puak PAS sibuk sangat nak berjumpa dengan UMNO... Adakah ini petanda pemimpin PAS mahu meninggalkan Pakatan Haram? Kita tengok sajalah game seterusnya...

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates