Tuesday, December 6, 2011

11 Nik Aziz Nyanyuk Terlampau + Sewel !


Nampaknya, Nik Aziz ni dah sewel agaknya... Nik Aziz kata beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas yang mengangkat dirinya sebagai nabi!

Nik Aziz juga tidak akan menasihatkan penyokong PAS supaya jangan taksub kepadanya. Adakah ini bermakna "assukut alamaturridho" - diam tanda setuju!

Sabda Nabi وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي، وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ yang bermaksud ” Sesungguhnya tiada Nabi lagi selepasku, yang ada selepas ini adalah Khalifah-Khalifah “.

Ianya jelas dan perkara ini umum mengetahuinya, tetapi bilamana ada kesamaran hujah yang disampaikan sedikit sebanyak ia akan mengelirukan umat Islam.

Sesungguhnya pintu untuk bertaubat masa terbuka kepada puak PAS....

---

Nik Aziz tidak akan bertanggungjawab

KOTA BHARU 5 Dis. - Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah 'ulama adalah pewaris nabi' oleh sebuah portal, detikperubahan.com. -Utusan

11 comments:

Anonymous said...

PERGI JAHANAM LAH UMNO!

Teko Kopi said...

Tuan...Mohon link blog hamba www.tekokopi.blogspot.com hamba telahpun linkkan blog tuan di blog hamba...

Anonymous said...

tuan guru bukan nabi tp ikut sunnah nabi..najib ikot ape??ikut nafsu?

Anonymous said...

Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

tak reti baca ke bro? hahaha..sian, akal blogger sempit!!

Anonymous said...

Awas syaitan bertopengkan ulama!

Anonymous said...

memang celake celake celake. taksub tahap celake la puak pas ni.

Anonymous said...

NIK AZIZ IKUT SUNNAH NABI...NAK TANYA ANON 1.10PM PENYOKONG PAS YANG MAKI HAMUN JAHANAM PADA UMNO TU IKUT SUNNAH SIAPA EK...? jiwa anda tidak tenteram sebab itu suka maki hamun.

INSYALLAH ALHAMDULILLAH UMNO TIDAK AKAN JAHANAM KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI.

R'ain said...

"Nik Aziz kata beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas yang mengangkat dirinya sebagai nabi!" As written in the news. But let us be wise and delete all the unnecessary crap put by the writer;

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa, dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Dia kata dia tak ada kaitan dgn ucapan dangkal en shamsul. Writer yang memandai letak perkataan dukacita tu. Sudah2 lah tu memfitnah orang.

Anonymous said...

Bila terlalu taksub apa-apa pun boleh dikatakan...setaraf Nabi .

Maka sebagai orang yang berilmu seharusnya perlu di peringatkan..jangan pula yang salah dikata betul bila memihak kepada parti kita.

Sebagai pendokong sebuah parti Islam jangan pula terlalu menyepitkan orang lain dan berkata betul hanya hak kita....seorang.
Sebarang ikutan yang dihasilkan setelah diberitahu maka perlulah diperbetulkan kerana sudah acapkali bila berceramah ada-ada saja perkara yang tak senonoh dikeluarkan oleh penceramah PAS....

AntiAPCO said...

UMNO memang penyebar fitnah tahap dewa. Setiap hari sebar fitnah dan tohmahan dalam TV3, Utusan dan lain-lain.

Tanda-tanda orang hampir mati kelemasan memang jelas pada UMNO. Desperado!

Blog ini blog orang-orang desperado... biarkanlah UMNO tenggelam dengan lembu-lembunya!

Anonymous said...

Pandai betul orang PAS spin. Lagi panjang lilitan serban lagi hebat spin! Maki hamun UMNO bangsa sendiri!, mengkafirkan UMNO bangsanya sendiri!,menolak pemufakatan UMNO bangsanya sendiri!,sanggup bersekongkol dngan bangsa kafir dan memampuskan bangsanya sendiri!, menghina wanita wanita sederhana tidak bertudung tetapi masih menjaga sopan dan harga diri dari kalangan bangsanya sendiri! Membiarkan kafir harbi beri tazkirah kepada bangsanaya sendiri! Menegakkan rupa Islam superficial, rupa seperti Islam tetapi tiada penghayatan budaya Islam dan tiada penjiwaan disiplin Islam dan menghakim bangsanaya sendiri! SIAPA sebenarnya yang DESPERADO?

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates