Wednesday, December 7, 2011

Nurul Izzah Berangan Nak Jadi Detective Conan


Pada sidang akhbar di pusat khidmat PKR di Lembah Pantai semalam, Nurul Izzah berkata, antara penemuan yang dianggap pelik ialah nama seorang pengundi yang didaftarkan sebagai "Balai Polis Kerinchi" dalam daftar pemilih induk.


‘Balai Polis Kerinchi’ yang lahir pada 1983 menggunakan kad pengenalan polis RF161872 mengundi di lokaliti Balai Polis Travers dalam Daerah Mengundi Bangsar Baru.

Katanya, nombor kad pengenalan, RF161872, pada pangkalan data SPR menunjukkan ia milik Yusop Mohd Faizul Mohd .

“Tak ada jaminan perkara ini dapat dibersihkan. Mana satu yang final (muktamad), (versi) online atau daftar pemilih?” soalnya sambil menunjukkan puluhan maklumat bercanggah antara versi dalam talian dengan versi cakera padat yang dikeluarkan SPR.

"Kita tidak tahu jika ia Balai bin Polis Kerinchi atau Balai Polis bin Kerinchi," sindir Nurul Izzah.

---
Emmm... SPR buat kerja salah, tak buat kerja salah... yang mana satu telusnya... Kadang-kadang posman pun tersalah hantar surat kerumah orang lain...

Yang ni baru betul-betul pelik dan menjadi persoalan! ... Kenapa perkara ni sering berlaku di kawasan Lembah Pantai saja? Bukan sekali dua isu seperti ini di timbulkan oleh Izzah... Macam ada sesuatu yang tak kena jer... Mungkin Izzah merancang untuk sabotaj SPR kot? sapa tahukan...

Aku cadangkan ada baik sekiranya Detective Conan ni siasat... "Balai Polis bin Kerinchi" tu anak siapa? Bukan apa... aku takut tu adik bongsu Izzah yang terbaru... Anak kepada Anwar bin Ibrahim kot? hahaha!

1 comment:

Anonymous said...

KAH KAH KAH! nape izzah tak nak kecoh kes papanya dengan chinadoll?