Thursday, December 8, 2011

Undi Pos: Nurul Izzah Disekolahkan Lagi...

Dewasalah sikit Anak Anwar....

Umno bahagian Lembah Pantai menjelaskan empat faktor mengapa jumlah pengundi pos meningkat mendadak di parlimen Lembah Pantai.

Empat faktor berkenaan ialah pembesaran balai polis Jalan Travers, pembukaan pusat tahanan polis di Bukit Jalil, ramai pegawai petugas pilihan raya dan kaki tangan kedutaan negara di luar yang menetap di Lembah Pantai.

Timbalan ketua Umno bahagian, Yusri Ahmad berkata, berikutan itu jumlah daerah mengundi di Lembah Pantai meningkat kepada 19 berbanding 18 pada 2008.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan naib presiden PKR yang juga ahli parlimen lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai peningkatan mendadak pengundi pos di parlimen tersebut.

Dalam sidang media terdahulu, beliau mendakwa pengundi pos di Lembah Pantai ialah 2, 180 orang atau 3.1 peratus dari jumlah pengundi 70, 000 orang.

Yusri menasihatkan Nurul bejumpa dan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendapatkan penjelasan mengenai ramai pengundi pos di kawasan tersebut.

“Pendaftaran pengundi termasuk semuanya dibuat oleh SPR dan jika mahu mengatakan Umno atau pemimpinnya terlibat tidak betul,” katanya ketika dihubungi hari ini.

`Menteri Lembah Pantai’

Ketua Umno Lembah Pantai ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Beberapa waktu lalu, Nurul juga mendakwa menteri berkenaan telah membawa terlalu banyak pembangunan ke Lembah Pantai berbanding kawasan parlimen lain.

Mengulas dakwaan tersebut, Yusri berkata, Raja Nong Chik meneruskan pelbagai projek yang tidak dapat dilaksanakan sebelum ini.

“Banyak projek termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang baru dibina di kawasan Lembah Pantai kerana kawasan ini merupakan sifar setinggan.

“Kini menanti projek pembangunan bersepadu di kawasan seluas 210 ekar di Pantai Dalam. Jadi jangan hairan kalau Lembah Pantai banyak projek pembangunan.

“Raja Nong Chik bukan menteri Lembah Pantai. Tetapi beliau ketua Umno bahagian ini,” tegas Yusri lagi. -FMT

4 comments:

Anonymous said...

haha.. anak anwar ni mmg suka cari pasal.. tp tak pernah buat homework! kan dah termalu..

Anonymous said...

dia dah sangap terok tu... sokongan dah mula beralih arah skrg. siap la kau anak puaka. mampos la lps ni

Anonymous said...

aku ingat anak puaka ni pandai sgt dan makn pandai bila jadi MP Lembah Pantai, rupenya bodoh dan semakin tolol.

Anonymous said...

agak aneh persoalan MP Lembah Pantai ini yang mempersoalkan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan kekawasanya sendiri walaupun melibatkan perumahan PPR