Wednesday, April 18, 2012

0 Isu PTPTN : Tinjauan Rakyat Dapati Janji Pembangkang Gimik Pilihanraya


UMNO Online baru-baru ini membuat beberapa tinjauan pendapat di kalangan anak-anak muda termasuk pelajar, tentang isu pemansuhan PTPTN yang dijadikan modal oleh pembangkang untuk menarik perhatian rakyat baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Pakatan Pembangkang  turut menyokong demonstrasi yang dibuat oleh para pelajar  baru-baru ini sebagai langkah desakan kepada kerajaan untuk menghapuskan skim bantuan pelajaran tersebut.

Ternyata, ramai di antara para pelajar mahupun orang awam yang ditemui, rata-ratanya tidak bersetuju baik dengan desakan pemansuhan PTPTN mahupun demonstrasi yang dilakukan oleh segelintir pelajar baru-baru ini.

Menurut Hassan Surif, 40, dia berpendapat bahawa isu PTPTN yang dibawa oleh pembangkang ini hanyalah satu lagi gimik Pakatan Pembangkang bagi menarik perhatian rakyat menjelang PRU 13 ini.

"Bagi saya isu PTPTN ini hanyalah isu yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang setelah tersepit dengan situasi yang mendesak dengan keadaan politik mereka yang agak kucar kacir, apatah lagi dalam keadaan waktu pilihanraya yang semakin hampir.

"Jadi mereka terpaksa mencipta isu-isu seperti ini untuk dijadikan gimik politik mereka sedangkan kalau dalam isu PTPTN ini, sepatutnya mereka dulu yang memansuhkan serta memberikan pendidikan percuma di negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka terlebih dulu.

"Malah, apa yang mereka janjikan dulu masa PRU 12 pun masih tidak tertunai lagi. Macam janji-janji mereka terhadap golongan tua yang akan diberi bantuan, anak masuk tadika dapat bantuan, itu pun tak dapat diselesaikan lagi, sekarang mereka mahu membawa isu yang lebih besar dari itu," tegasnya.

Manakala bagi Hakim Mohd Yunus,19, seorang pelajar UiTM, dia sama sekali tidak bersetuju PTPTN itu dimansuhkan.

"Apa yang saya tengok sekarang, PTPTN ini sebenarnya banyak membantu anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran, terutama yang datang dari keluarga yang berpendapatan sederhana. Contohnya macam saya. Jadi bagi saya PTPTN ini amat membantu," ujarnya.

Bagi Abdul Nuaim Tarmizi pula, 20,pemansuhan PTPTN mungkin akan menyebabkan ramai anak muda yang tidak akan mampu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Saya sendiri pun meminjam dengan PTPTN. Saya bukanlah dari keluarga yang senang. Sekiranya tidak ada PTPTN ni, saya pun tak tahu samada saya dapat atau tidak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, sebagaimana hari ini.

"Saya kalau boleh tidak mahu menyusahkan keluarga untuk melanjutkan pelajaran dan sememangnya saya mengharapkan PTPTN sajalah untuk membantu  dalam menampung kos pembelajaran saya hari ini," jelasnya.

Khairul Anuar, 30, pula tidak bersetuju dengan isu pemansuhan dan juga demostrasi yang dibuat oleh para pelajar baru-baru ini.

"Saya pelik kenapa isu PTPTN ini dibangkitkan. Bukankah PTPTN ini diwujudkan untuk membantu golongan pelajar dari  keluarga yang tidak berkemampuan, serta para pelajar yang tidak mendapat biasiswa  untuk  melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Lagipun cara pembayaran balik yang dikenakan tidaklah terlalu membebankan. Apa pun saya tidaklah bersetuju dengan desakan untuk memansuhkan PTPTN ini. Kenapa kita perlu mansuhkan sedangkan ia dapat memberikan manfaat untuk orang ramai," katanya lagi.

Bagi Raja Mohamad Azlan Raja Mohamad Noor, 21, pula sama sekali tidak bersetuju dengan isu yang dimainkan oleh pembangkang untuk memansuhkan PTPTN ini.

"Bagi pendapat saya, PTPTN ini tidak perlulah dimansuhkan kerana skim ini dapat membantu ramai pelajar yang datang daripada keluarga yang sederhana dan tidak mampu untuk menampung kos pembelajaran bagi anak-anak mereka.

"Sepatutnya, Pakatan Pembangkang yang cuba menimbulkan isu PTPTN dan isu pendidikan percuma ini perlu buat di negeri-negeri yang mereka perintah dulu. Hapuskan segala hutang-hutan PTPTN para pelajar Unisel dan Kuis contohnya, dan berikan skim pendidikan percuma ini pada pelajar-pelajar di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dulu, barulah mereka boleh mendesak kerajaan," tegasnya. -MediaUMNO

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates