Saturday, April 21, 2012

‘Occupy’ Senjata Tajaan Soros


Semakin nampak tembelang sebenar, apabila satu kumpulan yang dinamakan ‘Occupy Dataran’ bersama-sama mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka.

Bukan satu kebetulan, tetapi satu perkaitan, seperti kes gereja diceroboh dua tahun lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas melawat Gereja Luther, Petaling Jaya, kes yang sama juga diulangi semalam apabila Ketua Umum PKR terus bergegas ke Dataran Merdeka, apabila didakwa kumpulan ‘Occupy’ diceroboh.

Ada hint tersembunyi yang ketua pembangkang itu cuba terjemahkan terutamanya dalam menjejaki BERSIH 3~0.

Mungkin bagi rakyat Malaysia istilah ‘Occupy’ merupakan istilah baru, namun kepada masyarakat Barat khususnya di Amerika Syarikat (AS) , istilah ini merujuk kepada gerakan masyarakat sivil (civil society) yang berdemonstrasi di Zuccotti Park, Pusat Kewangan Wall Street, New York pada 17 September 2011 yang dipopularkan sebagai ‘Occupy Wall Street‘.


Ia ditiru dari demonstrasi Tahrir Square, Kairo yang merujuk kepada aktiviti demonstran ‘duduk dan berkhemah’ dalam menyuarakan ketidakpuasan masyarakat sivil kepada sistem yang dipratikkan di sesebuah negara.

Penganut ideologi ‘Occupy’ didoktrin bahawa sistem yang ada sekarang ini tidak adil, di mana kelas bawahan (rakyat) telah ditindas oleh kelas atasan (pemodal).

laman hotword.dictionary.com menyebut asal usul istilah ‘Occupy’ sebagaimana yang ditakrifkan dalam Balatronicum Lexicon pada tahun 1811 bermaksud “hubungan seksual, seperti ‘menduduki seorang wanita’.

Kebanyakan media alternatif Barat menuduh penyangak matawang Yahudi, George Soros mendalangi aktiviti ‘Occupy’ itu.

Misalnya, laman humanevents.com mendakwa Soros merupakan dalang yang melabur dana kepada kumpulan berhaluan kiri Occupy Wall Street itu.

Tuduhan yang sama turut dibuat oleh laman newsbusters.org,prisonplanet.com,thenewamerican.com dan lain-lain.

Soros melalui badan tajaannya, Open Society Institute (OSI) bertujuan mahu melaksanakan agenda ‘masyarakat terbuka’di mana berusaha mencabut akar-akar agama yang menjadi penghalang ke arah mencapai masyarakat sivil itu.

Jika di Barat dalangnya Soros, siapa pula dalang ‘Occupy’ di Malaysia ? -AIDC



1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
SEMUTAPI52 memohon jasa baik dari pihak tuan utk menyenaraikan 2 laman kami ini http://pru13n9.blogspot.com/ dan http://semutapi52.blogspot.com/ di 'link blog' tuan agar info dari blog kami ini dapat dikongsi bersama pengunjung BLOG HEBAT tuan.

Kami juga telah "link" kan blog tuan kedlm blog kami dan kami akan mengambil beberapa artikel terbaik dari blog ini menerusi kategori 'Dari Blog' selepas ini.

Sekian, Kerjasama dan info terbaik dari blog tuan amat SEMUTAPI52 Hargai dan Kagumi. Terima Kasih.
salam perjuangan.