Saturday, January 26, 2013

Ramalan Keupayaan BN Menang Dua Pertiga Pada PRU-13, Bikin Pakatan Haram Mengelupur


Nampaknya puak pembangkang mengelupur habis bila mendengar kenyataan dari Datuk Fuad Hassan, yang menyatakan bahawa BN berkeupayaan peroleh kemenangan dua pertiga pada PRU-13 nanti...

Sehingga kini, Pakatan Pembangkang masih tidak mahu mengiktiraf kemenangan BN dalam PRU 2008 walaupun kerusi Pakatan Pembangkang telah bertambah dengan mendadak. Akibatnya, rakyat Malaysia sebenarnya hidup dalam huru-hara akibat perbuatan Pakatan Pembangkang yang masih belum berpjak di bumi yang nyata.

Adalah tidak mustahil perhimpunan mahupun demontrasi haram akan berterusan selepas pilihan raya lebih-lebih lagi kekalahan yang akan dihadapi PRU-13.

Terimalah hakikat yang sebenar dimana kita berpijak di bumi yang nyata!

Bernama- Barisan Nasional (BN) berkeupayaan memperoleh kemenangan dua pertiga di dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan.

Beliau berkata, untuk kemenangan dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.

"InsyaAllah, BN berkemampuan mencapai kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum ini jika kita terus bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peserta yang menghadiri majlis Perjumpaan Rakan Media Sosial Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor, di sini, hari ini.

Fuad melahirkan keyakinannya bahawa sokongan pengundi Melayu di Johor terhadap BN akan melebihi tahap 65 peratus dan mencecah sehingga 80 peratus dan lebih.

Katanya, sokongan pengundi masyarakat India terhadap BN juga sudah pulih daripada kejatuhan pada pilihan raya umum 2008, selain berkeyakinan terhadap peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap BN kali ini.

Menurut Fuad, banyak daripada isu yang dimainkan pembangkang seperti pembelian kapal selam Scorpene, loji nadir bumi Lynas dan lain-lain "diselesaikan", menyebabkan pembangkang kini tercari-cari isu baru.
Katanya, usaha pembangkang untuk mengumpul sejuta orang pada perhimpunan di Stadium Merdeka 12 Januari lalu, gagal kerana perhimpunan itu itu hanya dihadiri kira-kira 50,000 orang.

Beliau berkata, pembangkang menolak tawaran kerajaan supaya himpunan itu diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang lebih besar kerana menyedari ketidakmampuan mereka untuk menarik peserta yang ramai ke perhimpunan terbabit.

Sementara itu, beliau berkata, jentera media sosial BN meliputi Twitter, Facebook dan lain-lain medium kini lebih bersedia dan berkemampuan untuk menangani serangan daripada pembangkang berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

Bagaimanapun, Fuad meminta media sosial BN meneruskan usaha mereka dengan mendekati kira-kira 2.8 juta pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali pada PRU-13 ini.

Pengundi muda terbabit katanya, tidak lagi bergantung kepada media lama seperti suratkhabar dan televisyen untuk mendapatkan maklumat, tetapi bergantung sepenuhnya kepada internet dan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

5 comments:

Anonymous said...

apasal yg najib bangang sangat?bubar ja parlimen tu,kan depa dah kata boleh menang besar.macam "haramjadah" punya statement.

Tukangtibai said...

Sapa bangang? Dia PM kut. Yang ko dok kutuk orang, apa sumbangan ko pada negara? Baghal betul...

Anonymous said...

kalau boleh menang dua per tiga kenapa tak bubarkan parlimen dengan kadar segera ?????

Anonymous said...

Sabarlah sikit, kalau dah rezeki BN @ PR menang, ia takkan ke mana

Anonymous said...

Sapa datok fuad tu.....jgn mandai2 cakap,menang ke kalah tak siapa pun boleh jangka....sapa percaya dgn yakin kenyataan diatas boleh jatuh syirik,aku nak pesan je.......kita kalau rakyat biasa ni,sokong manapun same je,sbb depa diatas tu semua dok gila kuasa dan wang riggit, kita ni org pandang masa nak pilihanraya je,pastu dah tak nampak..... kita kena cari makan sendirila....semua gila kuasa,sanggup fitnah,cacimaki,konspirasi,,rasuah dll lagi....