Tuesday, February 12, 2013

8 Fatwa Terbaru Abby Abadi - UMNO Musuh Allah... Tentang UMNO/BN Dapat Pahala @abby_abadi112


Apa nak jadi dengan Janda sangap ni... tak habis-habis nak meroyan di twitter... gila apa dia nie?

Semua pihak boleh berpolitik tetapi biarlah ada cara dan kena dengan gaya. Menyatakan UMNO musuh Allah hinggakan tergamak Abby mengarahkan umat Islam menetang UMNO/BN untuk dapat pahala! Apakah makna semua ini...

Kenyataan Abby tersebut merupakan satu tuduhan yang amat berat dan serius terhadap UMNO/BN.

Sepanjang pemerintahan UMNO, tidak dinafikan dasar memelihara dan menegakkan syiar Islam oleh pemerintah hari ini terserlah apabila syiar-syiar Islam terus ditegakkan dari pelbagai sudut seperti pembinaan masjid, mewujudkan institusi keagamaan, menyemarakkan program-program agama, kebebasan berdakwah dan sebagainya.

Bagaimanapun, sebagai sebuah gerakan atau parti yang diterajui oleh makhluk yang bergelar manusia, sudah pastilah ada cacat cela dan kepincangan di sana sini.

Jika Abby mengatakan bahawa pemerintah hari ini adalah musuh Allah atas dasar kekurangan yang ada UMNO, maka aku berani kata bahawa Pas juga adalah musuh Allah, kerana mereka juga ada kelemahan dan kekurangan sama seperti UMNO dan manusia lain. Tapi lainlah kalau mereka dakwa semua ahli dan kepimpinan Pas itu maksum belaka.

Kenyataan yang keluar dari mulut Abby itu sebagai satu lagi kesinambungan dari kenyataan-kenyataan kepimpinan Pas yang cuba mengelirukan ummah.

Pas sememangnya sudah lama menjadi agen mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam di negara ini dengan pelbagai kenyataan dan fatwa-fatwa yang menyalahi dalil Al Quran dan Sunnah, demi untuk kepentingan dan survival cita-cita politik mereka.

Sebelum ini, Pas juga pernah mendakwa bahawa solat itu juga adalah sebahagian dari demostrasi, bagi menghalalkan tindakan mereka berdemonstrasi. Mereka suka menggunakan dalil Quran dan Sunnah, namun pada tempat yang salah.

Fatwa Abby ini tidak betul sama sekali. Kata-kata seperti ini tidak patut keluar dari mulut seorang yang mahu mencari redha Allah, gamaknya... Kenyataan sebegini adalah kesinambungan agenda Pas yang menggunakan agama untuk mengelirukan rakyat awam, khsususnya umat Islam di negara ini.

Abby Abadi dipengaruhi oleh emosi yang berlebihan ketika mengeluarkan kenyataan tersebut di twitternya semalam...

Abby Abadi juga sering berceramah di hadapan orang ramai, pastinya Abby bersemangat untuk meyakinkan para penyokong Pas bahawa perjuangan Pas ini adalah tepat sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya seperti itu.

Abby tidak sepatutnya bercakap mengikut emosi yang berlebihan sehingga mengeluarkan fatwa yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

8 comments:

Anonymous said...

gila meroyan dia ni....

Anonymous said...

Ada pulak hukum2 orang mcm tu. Dah kalau tak suka pemimpin sekian2 undi lah pemimpin sekian2. Dosa dan pahala tu urusan Allah kan.

Anonymous said...

yang sebenar nye
pas tu musuh allah
pas president MEMBUAT perkara yg dia sendiri hukumkan kafir, dengan sendirinya dia tu kafir
tok guru pas ialah seekor khawarij
ciri2 khawarij yg disebut dalam hadis nabi tu teserlah kat tok guru dia
pas jugak penyokong calon PM yg zindik, menghalalkan murtad.
kafir, khawarij dan zindik tu semua musuh allah.
barang siapa yg sokong pas tu, haram dan berdosa,
jika meninggalkan yg berdosa dengan sendirinye membuat yg sebaliknye iaitu menyokong UMNO mendapat pahala.

Anonymous said...

Kau org semua tu yg bodoh. betullah tu Abby kata. Tak kiralah UMNO ke atau sesiapa yg menentang hukum dan segala perintah Allah memang patut ditentang. UMNO terang2 terpesong dan tidak mengikut ajaran Islam mesti ditentang.

Anonymous said...

bagi aku aku sokong cakap abby nih.. sebab apa, hukum Allah ni jKlw Pemimpin Itu Xlaksana, Tambahan Pesongkan lagi.. Maka Wajib Kita Tentang habis-habisan pemimpin sebegini.. admin nie dpat duit dari umno nie.. hahah~ bodek la yer.. aku pn seangkatan dgn ko dulu.. tp aku dah stop.. mati xdtg menjemput selamat beramal. peace. :)

Anonymous said...

Senang betol ucap orang bodoh.........PAS dah tak buat Nehara Islam. Sebab tu ada artis masuk tetapi afa ulama keluar PAS.

Anonymous said...

Malas nak lanyan janda tua ni.Buwang masa.m

Anonymous said...

ni la contoh orang dah taksub sgt dgn tuk guru die tu....

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates