Tuesday, February 5, 2013

Isu PSY: Guan Eng Memang Saja Cari Pasal


Politik-politik juga... tapi tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng cuba provok orang ramai supaya datang ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang minggu depan dengan baju Bersih macam nak cari gaduh saja.

Boleh faham memang Guan Eng cemburu habis apabila dengar BN Pulau Pinang mahu bawa penyanyi k-pop terkenal Korea Selatan Psy sebagai penyeri acara tersebut.

Ini kerana memang boleh jangka orang muda terutamanya kaum Tionghua akan datang beramai-ramai, sebab la ni memang musim demam 'Oppa Gangnam Style'.

Sebab itu dari segi logiknya, Guan Eng tahu, beliau tidak boleh halang orang ramai hendak datang, sebab itu dia cuba provok dengan minta orang ramai pakai warna kuning melambangkan Bersih, merah untuk Pulau Pinang dan hijau untuk alam sekitar.

Nampak sangat hati dengki pemimpin DAP ini.

Guan Eng dipetik berkata "Pulau Pinang mendahului sekali lagi dengan kedatangan Psy ke Malaysia. Kita boleh kata bahawa kali pertama Psy datang ke Malaysia, beliau datang ke Pulau Pinang,".

Dengan nada menyindir Guan Eng menjemput orang ramai ke majlis tersebut kerana "makan-minum serta hiburan percuma,".

Sebelum ini, BN Pulau Pinang menjangkakan kehadiran lebih 60 ribu penonton di padang sekolah Han Chiang tempat di mana majlis tersebut diadakan pada 11 Febuari nanti.

Lebih menarik lagi, pemilihan lokasi tersebut iaitu padang sekolah Han Chiang yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Padang sekolah Han Chiang adalah tempat perhimpunan terbesar DAP dan sekutunya semasa kempen Pilihan Raya 2008.

Strategis BN dipercayai menggunakan pakai pepatah lama Cina "di mana kamu jatuh, di situ kamu bangun semula" ketika membuat keputusan untuk mengadakan Sambutan Tahun Baru Cina di padang sekolah persendirian Cina tersebut.

DAP sebelum ini menciplak musik 'Oppa Gangnam Style' untuk buat video komedi memburukkan Malaysia. Video tersebut ditayangkan sebahagiannya ketika Kongres Nasional DAP Disember lalu.

-Agendadaily

No comments: