Sunday, February 3, 2013

Khalid Ibrahim Dituntut Bayar Pampasan Projek Kondominium Dolomite Park Avenue


Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad menggesa kerajaan negeri untuk membayar pampasan kepada syarikat Dolomite Properties Sdn Bhd dan pembeli kondominium berhampiran kuil Batu Caves itu ekoran projek tersebut dibatalkan.

Menurut beliau, pembatalan projek kondominium 29 tingkat itu telah mendatangkan kerugian, bukan sahaja kepada pemaju tetapi juga kepada pembeli.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan Selangor tidak akan membayar sebarang pampasan kepada pemaju mahupun pembeli.

Menurut beliau, Dolomite telah melanggar beberapa syarat pembangunan.

"Kalau projek itu dibatalkan oleh kerajaan terkini kerana berlaku kesilapan dari segi keselamatan, ketenteraman awam, masyarakat sekitar. Bukan berkait dengan politik, ini adalah satu perkara yang perlu diakui telah berlaku kesilapan.

"Pihak kerajaan (negeri) mesti membayar ganti rugi kepada pemaju dan mana-mana pihak yang terlibat (seperti) pembeli dan sebagainya," ujar Mohktar.



Khalid dalam satu kenyataan minggu lalu memberitahu projek kondominium Dolomite Park Avenue berhampiran kuil Batu Caves dibatalkan ekoran faktor "keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar."

Khalid membuat keputusan itu setelah mengambil kira siasatan jawatankuasa khas yang ditugaskan oleh beliau untuk menilai kesesuaian projek berkenaan.

Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil mendakwa projek tersebut bakal merosakkan struktur kuil berhampiran dan menghalang pemandangan Batu Caves.
Komen

No comments: