Wednesday, February 6, 2013

PRU 13: Anwar Tertekan Takut Pencabarnya Seorang Ulama


Aku dapat berita terkini yang menyatakan Anwar Ibrahim kini dalam keadaan yang tertekan.... dimana kedudukan untuk mempertahankan kerusi di Permatang Pauh agak mencabar.....

Dalam diam-diam Anwar sudah pasti lebih tahu awal berita pemecatan Ust.Nasarudin dari Majlis Syura Pas dan pemecatan itu juga merupakan suara datangnya dari dia sendiri. Golongan Anwarinas di dalam kelompok Pas sudah lama dihidu beberapa pemimpin PAS namun kekuatan kelompok upahan Anwar ini sudah terlalu kuat untuk dirungkaikan.

Beberapa kepimpinan ulama Pas yang tidak sekutu dan sehaluan dengan pendirian Anwar seorang demi seorang di pecat atau dilucutkan jawatan dari Pas. Beberapa tokoh yang dipecat pernah bersuara bahawa PAS kini tidak lagi mempercayai kepimpinan ulama untuk membawa parti lagi dan mereka yang dikuasai sepenuhnya puak Anwarinas lebih menyukai politik serta kuasa semata-mata tanpa lagi menoleh matlamat asal perjuangan Pas.

Berita bahawa salah seorang pemimpin ulama Pas yang di pecat oleh parti Pas akan sedia bertanding melawannya semasa piliharaya nanti juga membuat Anwar tertekan. Anwar sangat takut sekiranya calon yang bakal mencabarnya didalam kubu kuatnya sendiri di Permatang Pauh adalah seorang ulama tambahan lagi bekas pemimpin Pas yang sangat berpengaruh.

Adakah Anwar seorang yang suka berdiam diri di dalam hal seumpama ini? sudah pasti Anwar TERTEKAN bilamana keadaan dirinya yang bergelut dengan masalah moralisme akan dicabar seorang ulama yang baik budi pekertinya seperti Ust Nasarudin.


Anwar akan berusaha menghalang ulama bertanding melawannya…itu kelemahan Anwar!

-PasPisPus

3 comments:

Anonymous said...

Aku pun pelik tengok puak2 UMNO ni.Klau merepek lebih dr Yahudi mabuk.Anwarinas lh,Erdogan lh.Sdg kn istilah ni cuma di ketahui kalangan UMNO je.Suatu masa dulu di gelar puak Taliban Malaysia.Istilah ini cuma skdr utk memburuk kn PAS je.Nk letak Ust Nasha bertanding di PP.Bro lu mimpi ke?Dlm PAS utk mempertahan kn jwtan Timb.Pres.PAS pun dia tk mampu,nk bertanding di PP pulak.UMNO ni dh nk mampus bru teringat nk berbaik dgn PAS.Kerajaan perpaduan lh,utk menyatu kn Melayu lh tp masa mereka kuat,apa yg mereka buat?Knp tk tawaran utk perpaduan di buat slps PRU 11 tahun 2004.Bila dh tersepit bru ingt nk bersama dgn PAS,poooraaah mabuk.

Anonymous said...

haha..king of keyboard..mcm YB cara cerita..ape yg rase kat kepale tu ade tula yg ditulis..abng kat atas ni teremosi plak mcm dia YB Anwar..rilex2 dah..bukan ko pun wakil rakyat..PRU t pangkah jela mane yg TERLALU OBSES tu..hihi!lawak la bro..

Anonymous said...

Malang Pak Kaduk Ayam nya menang kampung tergadai